Gaya Hidup

Untungnya! Dengan Kuasa Twitter, Rumah Jejaka Ini Mendapat Tajaan Deko ‘Minimalis’ Sebenar

Azwa Rahman
10/04/2019
05:49 MYT
Sponsor Banner
Untungnya! Dengan Kuasa Twitter, Rumah Jejaka Ini Mendapat Tajaan Deko ‘Minimalis’ Sebenar
Setiap orang pasti ada ciri rumah idaman. Tak kira besar atau kecil, ruangan peribadi kita ini perlu mendapat sentuhan dekorasi untuk menambah keselasaan.
Seorang jejaka berkongsi ruang tamu rumahnya yang berkonsepkan ‘minimalis’. Memang minimalis betul kerana apa yang ada hanyalah televisyen yang disusun di atas kotak, tilam, bantal, satu kerusi duduk serta langsir. Tweet tersebut akhirnya mendapat perhatian sebuah syarikat hiasan dalaman. Tulis syarikat itu di laman Twitter rasminya,
“Nak gelak tapi rasa bersalah. Apa kata kalau dapat 50,000 retweets, min SPONSOR full makeover konsep "Minimalist" sebenar untuk ruang tamu rumah brother ni. All the best.”
Menerusi kuasa Twitter, tweet tersebut telah mendapat 51,000 retweet dan syarikat tersebut telah menunaikan janji mereka untuk menaja rumah jejaka tersebut. Hasilnya? Ruang tamu yang dahulunya kosong, dilatari dengan konsep minimalis sebenar, cosy dan selesa. Untungnya jejaka ni!
Susulan daripada hasil perubahan itu, netizen turut sama berkongsi ruangan rumah masing-masing dengan harapan turut sama mendapat perhatian syarikat hiasan dalaman terbabit.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar