Hiburan
Uqasha Senrose Dedah Wajah Hawra Uqaira, Bakal Kongsi Kehidupan Bergelar Ibu Di ‘Oh Baby Kamal & Uqasha’
Buat pertama kali pelakon Uqasha Senrose mendedahkan wajah puteri sulungnya iaitu Hawra Uqaira yang kini sudah berusia dua bulan.
Kongsi Kehidupan Bergelar Ibu
Uqasha juga akan berkongsi mengenai kehidupan dia dan suaminya, aktor Kamal Adli dalam penjagaan dan pengurusan bayi sulung mereka menerusi program Oh Baby, Kamal & Uqasha.
Nak tengok macam mana Uqasha dan Kamal menguruskan bayi mereka?
Kena tonton Oh Baby Kamal & Uqasha yang akan mula ditayangkan pada 6 Julai di platform Gempak.com manakala 8 Julai ini di Astro Ria, 9 malam, setiap Isnin.
ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha bagi Kamal assignment shopping barang Baby | Oh Baby Kamal & Uqasha - EP4
ARTIKEL BERKAITAN: Cabaran Seorang Kamal Setup Bilik Untuk Baby | Oh Baby Kamal & Uqasha - EP5
Terdahulu, Uqasha dan Kamal akhirnya berkongsi nama penuh nama mereka iaitu Hawra Uqaira menerusi pendedahan eksklusif dalam program Oh Baby Kamal & Uqasha, pada 18 Mei lalu.
Menurut Kamal, dia yang memilih nama Hawra yang bermaksud putih, cantik dan bersih manakala Uqasha memilih Uqaira.
“Nama Hawra itu saya yang pilih, Uqasha ambil Uqaira… kita ambil seorang satu. Adil la, tak payah berebut. Hawra maksudnya putih, bersih, cantik, bersih. Kan nampak putih, cantik, bersih,” kata Kamal.
Manakala menurut Uqasha, nama Uqaira pula membawa maksud kebahagian, rezeki tanpa kepayahan selain itu harum dan wangi.
“Uqaira maksudnya kebahagian, rezeki tanpa kepayahan, harum dan wangi,” kata Uqasha.
Tidak mahu meletakkan nama terlalu panjang, Kamal berkata semua orang sudah memanggil anak mereka Uqaira memandangkan sudah diumumkan terlebih dahulu.
“Fasal dia dah declare (beritahu) dulu nama Uqaira, habis semua panggil Uqaira, dah tertinggal Hawra. Nama tak boleh panjang-panjang sangat.
“Nanti di sekolah, panjang sangat nak tulis nama dia,” kongsi Kamal lagi.
Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Uqasha sebelum ini mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.
Kali pertama dia keguguran adalah ketika mengerjakan ibadah umrah selepas beberapa bulan berkahwin dan kali kedua sekitar bulan November 2022