Hiburan
Uqasha Senrose & Kamal Adli Kongsi Nama Penuh Anak - “Hawra Saya Pilih, Dia Ambil Uqaira…”
Selepas tiga minggu, akhirnya pasangan selebriti Uqasha Senrose dan suaminya, Kamal Adli berkongsi nama penuh puteri sulung mereka iaitu, Hawra Uqaira.
Oh Baby Kamal & Uqasha
Pendedahan eksklusif tersebut dibuat pasangan terbabit menerusi program Oh Baby Kamal & Uqasha, pada Sabtu.
Menurut Kamal, dia yang memilih nama Hawra yang bermaksud putih, cantik dan bersih manakala Uqasha memilih Uqaira.
“Nama Hawra itu saya yang pilih, Uqasha ambil Uqaira… kita ambil seorang satu. Adil la, tak payah berebut. Hawra maksudnya putih, bersih, cantik, bersih. Kan nampak putih, cantik, bersih,” kata Kamal.
Uqasha Pilih Uqaira
Manakala menurut Uqasha, nama Uqaira pula membawa maksud kebahagian, rezeki tanpa kepayahan selain itu harum dan wangi.
“Uqaira maksudnya kebahagian, rezeki tanpa kepayahan, harum dan wangi,” kata Uqasha.
Tidak mahu meletakkan nama terlalu panjang, Kamal berkata semua orang sudah memanggil anak mereka Uqaira memandangkan sudah diumumkan terlebih dahulu.
“Fasal dia dah declare (beritahu) dulu nama Uqaira, habis semua panggil Uqaira, dah tertinggal Hawra. Nama tak boleh panjang-panjang sangat.
BERITA TRENDING: Uqasha Senrose Selamat Bersalin, Beri Nama Uqaira
“Nanti di sekolah, panjang sangat nak tulis nama dia,” kongsi Kamal lagi.
Menerusi program itu juga terdapat momen Kamal menemani Uqasha di wad sebelum melahirkan cahaya mata pertama mereka.
Paling teruja ketika detik Kamal azan di telinga kanan anaknya kemudian memberikan semula bayi comel itu kepada Uqasha.
Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Uqasha sebelum ini mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.
BERITA TRENDING: Dua Kali Gugur, Uqasha Umum Hamil - "Saya Sedih Bila Orang Cakap Keluarga Senrose Semua Tak Ada Zuriat"
Kali pertama dia keguguran adalah ketika mengerjakan ibadah umrah selepas beberapa bulan berkahwin dan kali kedua sekitar bulan November 2022.