Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Urat Jari Manis Fizi Ali Putus Lepas Tepis Bola - "Dah Habis Main Jari Jadi Lembik, Tak Boleh ..."

Amri Hassan 23/03/2022 | 00:46 MYT

Penyampai radio Fizi Ali panik apabila jari manis tangan kirinya tiba-tiba menjadi lembik selepas selesai perlawanan bola sepak hujung minggu lalu.

Menjadi penjaga gol ketika perlawanan persahabatan itu, cerita Fizi insiden itu berlaku ketika dia cuba menepis bola yang datang ke arahnya dengan laju.
"Baru nak mula aktif semula main bola sepak... dah cedera pula. Dua hari lalu, saya ada main bola sepak dan jadi penjaga gol.
"Nak jadikan cerita, saya tepis bola yang sangat laju dan masa itu dengar la macam bunyi patah. Tapi saya teruskan main.
"Bila dah habis main, saya buka glove... barulah nampak jari manis jadi lembik. Tak boleh bergerak atas dan bawah," kongsinya.
Fizi, 32, turut berkongsi situasi jarinya menerusi hantaran di Instagram pada Isnin lalu.
Berseloroh menerusi hantaran terbabit, Fizi bertanyakan pengikut media sosialnya bagaimana cara untuk dia membersihkan diri dengan keadaan jarinya yang tercedera.
Setelah menyedari keadaan jarinya itu, Fizi segera bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut sebelum dimaklumkan doktor bahawa urat jarinya itu telah putus.
Justeru, sehingga tempoh ini, doktor cuba merawat kecederaannya itu secara semula jadi dengan memakaikan sarung untuk sokongan jarinya.
"Memang panik la... saya terus ke hospital dan masa itu doktor kata ada kemungkinan sama ada urut pergerakan jari putus atau urut putus dan tulang patah.
"Kalau urut putus dan tulang patah itu memang bahaya. Kena terus operation. Alhamdulillah, selepas lakukan X-ray, hanya urat saja putus.
"Doktor kata nak cuba rawat cara semula jadi. Mungkin dalam enam minggu macam itu kena pakai sarung support jari," tambahnya.

#Penyampai radio #Cedera #Fizi Ali #Jari Manis #Main Bola Sepak #Urat Jari Putus
;