Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Usia Perkahwinan Cecah 15 Tahun, Mawi Kongsi Tips Keharmonian Dalam Rumah Tangga - “Suami & Isteri Perlu…”

Asyikin Mayudin 30/04/2023 | 13:55 MYT
Usia perkahwinan sudah mencecah 15 tahun, penyampai radio ZAYAN iaitu Mawi berkongsi tips keharmonian dalam rumah tangganya dan isteri, Nora’ Asikin Rahmat.

Menurut Mawi, suami dan isteri tidak boleh mementingkan diri sendiri malah perlu bekerjasama dalam segala aspek agar rumah tangga sentiasa bahagia.

“Alhamdulillah, saya dan isteri sudah berumah tangga selama 15 tahun. Banyak saya belajar, bila berumah tangga, kita tidak boleh mementingkan diri.

“Suami dan isteri perlu bekerjasama dan tak boleh nak lepaskan diri saja. Bila dah hidup bersama, waktu inilah kita nak kenal baik dan buruk pasangan kita.

“Kita perlu belajar menerima kelemahan pasangan kita. Paling penting, kita juga perlu gembirakan pasangan sebab ini membantu dalam menceriaka hari-hari kita bersamanya,” katanya kepada Gempak.

Untuk info, Mawi mendirikan rumah tangga dengan Nora’ Asikin atau Ekin pada 20 Disember 2008 dan mereka dikurniakan seorang anak bernama Cahaya Malaika, 11 tahun.

#Mawi #Ekin #Mawi Ekin #Mawi tips #Perkahwinan Mawi
;