Ustaz Don Kongsi Hadis Dhoif Banyak Digunakan Dalam Mazhab Syafie - “Hadis Dhoif Boleh Digunapakai Selama Mana…”
Susulan kontroversi penggunaan hadis lemah menerusi program Salam Baitullah terbitan RTM di TV1, Ustaz Don tampil menjelaskan perspektifnya berkaitan permasalahan tersebut.
BERITA TRENDING:Ustaz Don Anggap Dakwaan Guna Hadis Dhaif Sebagai Salah Faham - “Saya Maafkan Semua Orang”
“Kita guna hadis dhoif, malahan dalam mazhab Imam Syafie sendiri banyak menggunakan hadis-hadis itu dalam amalan seharian kita...
Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajid menyatakan kontroversi berkenaan tercetus diakibatkan oleh cara pemikiran berbeza sesetengah pihak berhubung hadis dhoif.
BERITA TRENDING:Izinkan Kisah Disihir Jadi Filem, Ustaz Kazim Nafi Guna Tragedi Gelap Sebagai Marketing - "Tak Berlakon Pun Orang Kenal Saya"
“Sekolah atau bukunya tak sama. Pihak satu lagi mereka menggunakan hadis dhoif bersamaan dengan hadis palsu, jadi hadis-hadis itu ditolak.
BERITA TRENDING: Isu Ustaz Don Direhatkan, Ustaz Kazim Minta Orang Ramai Berhenti Mengkritik- “Jangan Hentam Macam Dia Tak Pernah Buat Baik”
Rasa Pelik Dengan Netizen?
Sementara itu, Ustaz Don ketika ditemui di sidang media yang berlangsung di restorannya di Putrajaya pada malam Jumaat mengakui berasa pelik dengan sikap segelintir netizen yang membuat andaian bahawa dirinya hanya pakar dalam bidang tajwid dan bukannya hadis.
BERITA TRENDING: Ustaz Don Daniyal Direhatkan RTM Terkait Isu Kisah Hidup Nabi Muhammad SAW
"Selalu orang cakap macam itu (kepakaran dalam tajwid bukan hadis), yang saya hairan macam mana mereka (netizen) tahu subjek yang saya belajar?