Hiburan

"Ustaz Juga Pendosa!" - Ini Antara Pengajaran Dari Filem Ada Apa Dengan Dosa

Amri Hassan
13/06/2020
00:45 MYT
Sponsor Banner
"Ustaz Juga Pendosa!" - Ini Antara Pengajaran Dari Filem Ada Apa Dengan Dosa
Bagi yang sudah menonton filem Ada Apa Dengan Dosa pastinya memperoleh pelbagai pengajaran daripada watak dan jalan cerita yang ditampilkan.
Genre Islamik yang jarang sekali dipertontonkan kepada khalayak menjadi medium terbaik untuk menyampaikan mesej bermakna.
Berikut 7 pengajaran yang diperoleh menurut pandangan salah seorang penonton Ada Apa Dengan Dosa, @syahhirz.
1. Sahabat yang baik
Pentingnya sahabat yang baik adalah untuk menegur, menasihati, mengajar dan mengingatkan kita akan ilmu agama.
Sentiasa menyokong kita dan bawa aura positif dalam diri.
2. Hadir seseorang bersebab
Seseorang datang dalam hidup kita adalah bersebab dan berhikmah, sama ada untuk membimbing kita, mengubah hidup lebih baik atau kita yang perlu bimbing dia.
3. Ustaz juga pendosa
Tiada manusia yang sempurna melainkan Nabi Muhammad S.A.W, semua orang melakukan dosa. Yang membezakan darjat kita adalah taubat.
4. Kisah silam dan aib
Salinglah menjaga aib kawan kita, orang sekeliling dan jagalah aib diri kita, jangan sebarkan!
Andai nak bangkitkan, ada caranya yang berhikmah jangan sampai memalukan. Sebaik-baik manusia pasti ada kisah silam yang ingin dilupakan.
5. Jangan terus menghukum
Nampak yang tak bertudung jangan terus benci. Kenal dia dahulu dan berhikmah dalam teguran serta bimbingan.
6. Islam agama sejahtera
Tunjukkan yang Islam ini agama yang sempurna dan membawa kebaikan kepada orang yang belum Islam. Sentiasa berbaik sangka dengan apa yang terjadi.
7. Husnuzon
Berfikiran baik itu membawa ketenangan. Cari jalan penyelesaian yang terbaik pasti ada jalan yang lurus.
Ada Apa Dengan Dosa mengisahkan kehidupan seorang gadis yang dibesarkan dalam keluarga freethinker bernama Aurora (Wanna Ali) yang mendapat tahu identiti sebenarnya dari keluarga beragama Islam.
Lebih mengejutkan apabila Aurora adalah seorang anak luar nikah hasil daripada keterlanjuran perbuatan seorang pendakwah dan ibu kandungnya.
Kesannya, Aurora hampir membunuh diri namun kehidupannya berubah selepas bertemu dengan Khaliq (PU Riz).
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Ada Apa Dengan Dosa telah mula ditayangkan di saluran Astro First (480) sejak 4 Jun.
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Ada Apa Dengan Dosa selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Ada Apa Dengan Dosa, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar