Laman Utama
Vaksin Dari Jepun Dijangka Tiba 5 Petang Ini
Negara kita bakal menerima vaksin AstraZeneca sumbangan kerajaan Jepun hari ini.
Sejumlah sejuta dos dijangka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar jam 5 petang.
Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, bekalan vaksin ini akan dapat memperhebatkan proses vaksinasi rakyat.
Ia juga akan membantu Malaysia capai nilai ambang.
Jelas beliau vaksin ini akan diedarkan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seluruh negara dalam masa terdekat.
Selain Jepun, turut menyumbang vaksin kepada Malaysia adalah Amerika Syarikat.
Bekalan vaksin Pfizer-BioNTech dari negara berkenaan dijadualkan tiba esok.
Foto: REUTERS