Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Vanidah Imran Persiapkan Diri Menjadi Muslimah Lebih Baik - “Kalau Pakai, Tapi Jiwa…”

Asyikin Mayudin 02/03/2023 | 08:50 MYT
Tampil dengan imej bertudung ketika majlis tayangan filem Imam di Istana Budaya, pelakon Vanidah Imran memberitahu penampilan itu hanya untuk menghormati majlis.

Menurut Vanidah, sudah pasti dia mahu berhijrah menjadi lebih baik namun proses untuk penghijrahan itu perlu mengambil masa.

“Doa yang baik-baik, Insya-Allah. Kita nak tutup mulut tempayan susah, at this age… saya tak terlalu ambil peduli. Sebab benda tu proses.

“Untuk saya nak berhijrah, saya perlu betul-betul sure. Saya tahu itu tuntutan dan ia wajib. Tapi saya tak nak nanti kalau saya pakai tapi jiwa saya meronta, saya masih lagi nak fit (baju ketat).

“Jadi, bagi saya belajar dulu supaya bila saya pakai itu ada proses la. Allah knows. Saya selalu percaya itu,” kata Vanidah kepada Gempak.

Tambah Vanidah lagi, dia bimbang jika hatinya berbolak-balik selepas memakai tudung disebabkan belum bersedia ke arah penghijrahan itu.

“Ramai kawan saya yang dah berhijrah cakap ‘Vee, bila dah tiba masa, you sarung tak fikir’. Bila dah pakai tu dah tak fikir, teruskan saja.

“Kalau pakai, tapi rasa macam tak sure, rasa nak buka la, nanti satu hari akan rasa rengsek. Saya ada nampak kawan dah pakai 12 tahun, tiba-tiba buka. Katanya bukan diri dia.

“Saya takut, sebelum jatuh fitnah… bagi saya perlahan-lahan. Buat masa sekarang, saya kuatkan jiwa dahulu. Saya belajar apa yang saya tak pasti,” katanya.

#Vanidah Imran #Imej Vanidah #Vanidah #Vanidah tudung
;