Viral

Vannesa Reynauld Kongsi Detik Cemas Berdepan Insiden Tembakan - “Teman Lelaki Saya Melihat Mangsa Ditembak…”

Asyraf Roslan
09/02/2025
00:55 MYT
Sponsor Banner
Vannesa Reynauld Kongsi Detik Cemas Berdepan Insiden Tembakan - “Teman Lelaki Saya Melihat Mangsa Ditembak…”
Penyanyi, Vanessa Reynauld berkongsi detik cemas ketika berhadapan dengan insiden tembakan yang berlaku di sebuah pusat beli belah di Setia Alam pada malam Sabtu.
Kata Vanessa, insiden tersebut berlaku bersebelahan kedai yang dia sedang kunjungi pada ketika itu.
“Pertama kali berhadapan dengan situasi ini dan ia sangat menakutkan. Insiden ini betul-betul berlaku bersebelahan kedai yang saya sedang kunjungi pada ketika itu.
“Teman lelaki saya melihat mangsa ditembak di bahagian kaki, insiden itu berlaku lebih kurang 20 minit dah kami mendengar enam das tembakan,” kata Vanessa menerusi Instagram Story.

ARTIKEL BERKAITAN: Gempar Kejadian Tembakan Di Pusat Beli-Belah Di Setia Alam

ARTIKEL BERKAITAN: Lepaskan Lapan Das Tembakan Di Pusat Beli-Belah, Lelaki Warga Tempatan Sedang Dijejaki Polis

ARTIKEL BERKAITAN: Insiden Tembakan: Pusat Beli-Belah Disahkan Selamat - Polis

Selepas kejadian tersebut, pelantun lagu Rindu Separuh Nyawa itu juga menyatakan mereka telah lari ke kedai lain untuk mendapatkan perlindungan.
“Kami telah lari ke kedai lain untuk mendapatkan perlindungan sebelum semuanya benar-benar selamat baru kami dibenarkan untuk pulang.
“Saya sudah selamat sampai ke rumah, terima kasih atas perhartian anda. Saya mendoakan yang terbaik buat mereka semua yang terkesan,” tambahnya.
Terdahulu, seorang lelaki warga tempatan telah dilaporkan melepaskan lapan tembakan di dalam sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, pada Sabtu, sebelum bertindak melarikan diri.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberitahu Astro AWANI, susulan insiden tersebut, seorang lelaki telah tercedera akibat terkena tembakan di bahagian kaki, dan telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.
Lelaki itu pula, katanya lagi, bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dan polis kini sedang berusaha menjejaki individu berkenaan yang dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024