Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Vape Dijual Guna Vending Machine, KKM Ambil Tindakan

Gempak 12/07/2024 | 11:55 MYT

Sebuah pusat beli-belah di ibu negara diarah menghentikan operasi penjualan rokok elektronik atau vape menerusi mesin layan diri (vending machine).

KKM Ambil Tindakan

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan berkata, tindakan itu diambil hasil aduan diterima pihaknya berhubung penjualan produk berkenaan menerusi mesin layan diri yang tular di aplikasi X baru-baru ini.

“KKM telah turun dan bertemu dengan pihak pengurusan pusat membeli belah yang terlibat bagi menerangkan tentang larangan penjualan menerusi mesin layan diri tersebut.

“Pihak KKM turut menyarankan agar pihak pengurusan menutup operasi mesin layan diri tersebut serta-merta sebagai tanggungjawab sosial dan mereka bersetuju serta akur dengan saranan tersebut,” katanya.

Jelas KKM, di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852], Seksyen 10 ada memperuntukkan larangan penjualan dan pameran semua produk merokok.
“Peraturan berkaitan penjualan di mana larangan penjualan termasuk menerusi kaedah mesin layan diri adalah dilarang kini sedang diperhalusi dan akan dikuatkuasakan bersama Akta 852 setelah diluluskan.
“Selain itu, larangan penjualan rokok elektronik melalui mesin layan diri ini juga kesinambungan daripada larangan penjualan hasil tembakau seperti rokok, cerut dan tembakau lerai melalui mesin layan diri di bawah peraturan sedia ada iaitu Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 di bawah Akta Makanan 1983 [Akta 281],” ujarnya.

BERITA TRENDING: Rider Selamba Tayang 'Anu' Depan Masjid

BERITA TRENDING:Tidak Tamat Triathlon, Syed Saddiq Mohon Maaf

BERITA TRENDING:Tetamu Isi Wang Tunai Dalam Kain Untuk Pengantin

BERITA TRENDING: Pelik Tapi Benar! Ular Pun Mandi Guna Syampu

Tambah KKM, sebagai persediaan ke arah penguatkuasaan akta bersama peraturan dan perintah di bawahnya, KKM telah mengadakan Siri Taklimat Penguatkuasaan Akta 852 kepada semua pegawai penguatkuasa KKM dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara bermula 9 Jun lepas.
“Ini adalah bagi memaklumkan tentang larangan-larangan yang terdapat di bawah Akta 852 dan peraturan di bawahnya termasuk larangan penjualan produk merokok melalui mesin layan diri,” jelasnya.
KKM berkata, pihaknya sentiasa mengadakan hebahan, taklimat dan sesi penerangan dari masa ke masa untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya tabiat merokok termasuk penggunaan rokok elektronik
Sumber: Kosmo!

#Viral #Malaysia #Berita #KKM #Vape #Vending Machine
;