Laman Utama
Vibes Raya Dah Datang…’Baju Bapak Besar’, ‘Jubah Wira’ & ‘Baju Melayu Pendek’ Jadi Bualan Warganet!
Setiap tahun menjelang Ramadan, semestinya yang menjadi perhatian ramai ialah semua perkara berkaitan Aidilfitri seperti baju dan kuih raya.
Kebiasaannya rekaan busana akan menjadi perhatian dan yang paling ‘unik’ pasti menjadi bualan dan akan tular di media sosial.
Tahun ini rekaan baju Melayu ‘Baju Bapak Besar’, ‘Jubah Wira’ dan ‘Baju Melayu Pendek’ rekaan Behati mencuri tumpuan netizen.
Pelbagai pendapat dikongsi netizen yang rata-ratanya menganggap rekaan tersebut pelik dan merosakkan keaslian pakaian tradisional Melayu.
Yang lebih menghiburkan, ada yang berpendapat busana tersebut 'multipurpose' kerana boleh digunakan untuk menyorok balang kuih raya!
Amboi...macam-macam!
Antara komen netizen pada hantaran yang dimuat naik di Facebook Raja Lepak
Bagaimanapun menerusi pemerhatian Gempak di laman sosial Behati, rekaan busana Aidilfitri untuk wanita juga tidak kurang uniknya.
Nampak moden malah ada yang sesuai digayakan untuk lelaki dan juga wanita. Unisex gitu!
Apapun, pilihan ditangan masing-masing…Tepuk dada, tanya selera!