Laman Utama

Vicky Prasetyo 24 Kali Kahwin, Cerai: “Ada Yang Bertahan Hanya 2 Minggu”

Maliah Surip
02/01/2022
03:45 MYT
Sponsor Banner
Vicky Prasetyo 24 Kali Kahwin, Cerai: “Ada Yang Bertahan Hanya 2 Minggu”
Hos dan pelawak Indonesia, Vicky Prasetyo sekali lagi berkongsi kisah kehidupan peribadinya.
Bukan pertama kali, terkini Vicky tetap mendakwa dirinya memang pernah kahwin dan menjadi duda sebanyak 24 kali!
Menurut Vicky, selain perkahwinan pertamanya pada 2005 yang mampu bertahan 9 tahun. Waktu ini dia dan pasangan berusia 22 tahun.
Kini pada usia menginjak 38 tahun, dia sudah menjadi suami buat kali ke 25.
Vicky juga menyifatkan pernikahan baharunya dengan Kalina Ocktaranny yang merupakan rumah tangga ke 25 buatnya adalah antara yang paling lama.
“Ini pernikahan dengan Kalina antara yang terlama. Mac nanti akan genap satu tahun,” lapor Kompas yang memetik wawancara dari saluran YouTube Trans TV Official, semalam.
Vicky dan Kalina yang merupakan seorang model berkahwin pada 13 Mac 2021.
Dalam wawancara yang sama, pengacara program Pagi Pagi Ambyar ini juga mengaku ada tempoh pernikahannya hanya bertahan beberapa minggu dan menikah dalam usia berbulan bulan adalah hal biasa.
“Perkahwinan tersingkat saya hanya memakan masa beberapa minggu.
“Sebelum ini ada yang berbulan, termasuk dengan seorang wanita berhijab yang usia perkahwinan kami bertahan sehingga lapan bulan.
“Oh ada juga yang bertahan selama 10 bulan, ada cuma sebulan dan hanya minggu,” katanya tanpa berselindung.
Malah Vicky mendakwa dia juga pernah menjalin hubungan cinta paling singkat iaitu sehari!
“Hari minggu pacaran, Isnin sudah putus,” akuinya lagi.
Kredit Foto: Kompas
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar