Laman Utama

[VIDEO] Air Kotak Milo Punca Dikejar Monyet! Wartawan Awani Kongsi Cerita Sebenar Insiden Adik Peluk Kaki; “Saya Dengar Suara Budak Menjerit…”

Asyikin Mayudin
27/10/2022
07:55 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Air Kotak Milo Punca Dikejar Monyet! Wartawan Awani Kongsi Cerita Sebenar Insiden Adik Peluk Kaki; “Saya Dengar Suara Budak Menjerit…”
Gara-gara air kotak milo, seorang kanak-kanak dikejar seekor monyet sehingga dia terus berpaut di kaki wartawan Astro Awani yang sedang membuat siaran langsung di Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang.
Wartawan Awani yang dikenali sebagai Fareez Azmann memberitahu biarpun situasi itu berlaku secara ‘spontan’ namun dia berjaya menghalau monyet dan menenangkan adik bernama Muhammad Nur Qhalaf Fahmi.
“Baru tiga minit buat live, saya dengar suara budak menjerit dari jauh tapi saya ingatkan budak main-main dekat area situ. Lama-lama makin dekat, saya nampak budak itu duduk belakang kemera dan lari dekat saya, terus melekat peluk kaki saya.
“Saya tengok ada seekor monyet atau kera yang memang dah kejar dia lama rasanya sebab adik tu pegang air kotak milo belum buka.
“Terus saya cuba tenangkan dia sebab menangis… tapi dalam otak ini fikir fasal apa yang saya nak cakap. Saya fikir, tak apa saya tenangkan dulu budak ni sebelum teruskan bercakap point yang sebenar,” katanya kepada Gempak.
Terdahulu, video memperlihatkan kanak-kanak tersebut memeluk kaki Fareez yang sedang bertugas itu menjadi tular di laman sosial.
@fareezazmann #MalaysiaMemilih Kisah siaran langsung di Teluk Cempedak tadi. Kesian adik sorang ni kena kejar monyet, terus peluk kaki saya. Sebab dia pegang air kotak milo… ?kesian dia. #PRU15 #Telukcempedak ♬ Funny Song - Cavendish Music
Rata-rata netizen memuji tindakan Fareez yang berjaya mengawal situasi dalam keadaan tenang biarpun sedang bersiaran secara langsung.
Menurut Fareez, ketika itu dia hanya memikirkan tentang keselamatan kanak-kanak tersebut dan tidak mahu kelihatan kekok dalam waktu bertugas.
“Untuk kawal situasi secara tenang, memang itu antara satu cabaran buat seorang wartawan tapi memang nak kena bersiap sedia. Sebab macam-macam boleh berlaku ketika sedang live.
“Apa yang saya cuba yang terbaik adalah kekal bertenang. Sebab takut penonton nampak kita gelabah, apa yang penting kita kena sentiasa bercakap.
“Tak boleh nampak kekok di hadapan kamera. Bila situasi macam adik tu, kita kena tenangkan dia… walaupun tengah live, tapi dia memerlukan saya waktu itu.
“Apa-apa yang penting keselamatan adik itu dan saya berjaya halau monyet tu… bila adik tu dah kembali tenang, barulah saya mula bercakap point yang sepatutnya,” ujarnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar