Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

[VIDEO] AJL 1988 Lampu Tak Menyala, Ramlah Ram Balas Dendam Dengan Baju 'Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu' Versi 2022!

Shahrin Zulkifle 08/07/2022 | 09:00 MYT

Seperti diberi nyawa semula, penyanyi wanita popular zaman 80an Ramlah Ram kembalikan busana fenoma berbentuk hati simbolik kepada lagu Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu.

Ramlah Ram menggayakan busana bewarna rona hitam dengan sebentuk hati merah yang berlampu dibahagian dada itu pada Konsert Seniman Negara yang berlangsung selama tiga hari bermula 2 Julai yang lalu.

Busana hasil rekaan pereka fesyen zuraidahsaidcreation seperti menebus kehampaan 34 tahun yang lalu ketika Ramlah bertanding dalam Anugerah Juara Lagu 88.

“Ramlah Ram Berjaya menebus kehampaan ‘lampu hati’ yang tidak menyala ketika menjuarai Final AJL’88 di pentas kali ini iaitu pada Konsert Seniman Negara.

“Lagu Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu ciptaan Datuk Seri Ahmad Nawab bukan sahaja melonjakkan nama Ramlah dalam bidang seni, malah albumnya dengan tajuk sama telah Berjaya mencatat jualan sehingga 350,000 unit dan berjaya menjadi Artis Melayu Pertama dianugerahkan Platinum Kembar Lima.

“Namanya turut tercatat dalam Malaysia Book of Records di atas pencapaian itu,” tulis seorang pengguna di Instagram yang kemudian di repost semula oleh Ramlah.

Sementara itu, menerusi satu hantaran terbaru yang dimuat naik penyanyi berasal dari Johor itu, Ramlah menjelaskan dirinya masih trauma untuk muncul di pentas dengan busana sedemikian.

“Sebenarnya risau juga masa nak keluar pentas tu, takut peristiwa lampu tak menyala berulang lagi. Hehe.

“Tapi syukur Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang,” tulis Ramlah ringkas.

Sekadar info, Ramlah Ram dinobatkan sebagai Juara Anugerah Juara Lagu pada tahun 1988 menerusi lagu Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu, dengan ketika itu mengayakan busana bewarna putih dan kelihatan sebentuk hati yang sepatutnya akan bercahaya ketika dia sedang membuat persembahan namun tidak terjadi.

A post shared by RAMLAH RAM official (@ramlahram383)

#Viral #Ramlah Ram #Baju Bentuk Hati
;