Laman Utama
[VIDEO] Anak Alami Chicken Pox, Lufya Mohon Peminat Share Cara Hilang Rasa Gatal
Pelakon Lufya Omar sekali lagi menyorot perhatian netizen apabila dia mendedahkan anaknya, Laana Haura menghidap demam campak atau Chicken Pox.
Menerusi kemas kini di Instagram, Lufya meminta pandangan serta pendapat pengikut dan peminat untuk membantunya mengatasi masalah gatal pada kulit anaknya.
“Semalaman melayan Haura tak boleh tidur kena Chicken Pox! Teringat dulu masa kecil bukan main gatal mengenyam.
“Kalau kena ni tak boleh mandi kan? Any tips boleh share untuk hilangkan rasa gatal dan penjagaan supaya tiada kesan parut selepas pulih? Pagi ini dah start banyak kuek kuek Haura panggil. Dia nangis sebab gatal. Please share everyone,” tulisnya.
Meninjau ruangan komen, ramai yang meninggalkan respons dan berkongsi petua dan cara untuk mengatasi masalah gatal-gatal yang dialami oleh Haura.
"Ambil ubat sapu yg berangin tu kat klinik utk tahan gatal, jgn bagi makanan bergoreng dan utk seketika jgn masak goreng2 kat rumah, jgn kena air hujan utk elak berparut…jgn mandi tu Allahualam elakkan dulu sbb gatal dan masih berair tu…Insya-Allah dlm tempuh 2 minggu sembuh sepenuhnya."
“Kalau petua orang dulu-dulu memang tak boleh mandi kak. Tapi kalau ikutkan doktor, kena mandi sebab kuman kan. So better mandilah kot. Rasanya ubat dia Calamine Lotion untuk hilangkan gatal-gatal tu. Kesiannya… syafakillah sayang.”
“Boleh try ni, tumbuk lumat kunyit mentah lepas tu campur baby oil then sapu satu badan. Insya-Allah Haura tak rasa gatal-gatal dan sakit. If sembuh tak berparut.”
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!