Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

VIDEO: Azhar Sulaiman Akui Tak Mudah Tegur Anak Dah Besar, Rotan Pun Tak Sesuai

Mya Amri 01/06/2022 | 04:50 MYT
Pelakon hebat, Azhar Sulaiman menjawab isu penampilan anak perempuannya, Kasih Iris Leona yang menjadi perhatian netizen.

Menurut Azhar, sebagai seorang bapa sudah pasti dia sudah menegur dan menjalankan tanggungjawabnya.

“Saya sama macam abang Kazar dan Kak Normah Damanduri. Kami adalah ibu bapa, anak-anak pun bukan kecil lagi dah.

“Macam abang Kazar dan kak Normah anak-anak mereka pun dah besar. Jadi sebagai ibu bapa sudah tentu kita menegur.

“Tetapi bukan mudah. Jika mereka terus lakukan apa yang kita tegur itu, ia agak susah.

“Kita cuma mengharapkan anak itu berfikir lebih jauh dan panjang mengenai impak keseluruhan bukan hanya pada dirinya sahaja tetapi terhadap keluarga juga,” katanya kepada Gempak.

Azhar ditemui ketika majlis tayangan filem terbaharu lakonannya berjudul Rompak di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bagaimanpun kata Azhar, dia berdoa agar anaknya berubah suatu hari nanti.

“Sebagai bapa saya ambil tanggungjawab untuk menegur apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Tetapi jika masih lakukan juga saya hanya berdoa semoga dia akan cepat berubah.

“Mana boleh rotan, mana boleh jerit dah dekat anak-anak sekarang… Mereka dah besar jadi saya harapkan yang terbaik untuk anak-anak. Doakan yang baik-baik,” ujarnya.

Terdahulu, nama anak perempuannya hangat diperkatakan selepas video Leona bersama rakannya sedang menari dengan memakai gaun yang agak ketat dan terdedah di bahagian dada mendapat kecaman netizen.

Rata-ratanya menegur Leona kerana penampilannya yang dianggap terlalu seksi dan tidak bersesuaian.

undefined
#Anak #Azhar Sulaiman #Tegur #Kasih Iris Leona #Tegur Anak
;