Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

[VIDEO] Babak Emma Maembong Berpantang Kena ‘Ratah’ Suami Jadi Bualan Netizen; “Terasa Pedih, Perit…”

Asyikin Mayudin 26/10/2022 | 13:55 MYT

Kejam! Itulah perasaan netizen apabila menonton babak telefilem Nyang lakonan Ahnaf Bakar sebagai Zaidi yang mengajak isterinya, Sara (Emma Maembong) melakukan hubungan intim ketika sedang berpantang.

Seorang suami sepatutnya menjaga dan menemani isteri sedang berpantang namun berbeza pula dengan Zaidi yang hanya memikirkan nafsu sendiri!

“Abang, saya kan tengah pantang… kan bidan baru cakap,” kata Sara.

Geram dengan jawapan Sara, Zaidi dengan kasarnya mengambil bayi mereka untuk diletakkan di atas sofa di ruang tamu.

“Bidan… bidan, kau nak ikut cakap bidan ke cakao aku, aku ni laki kau la. Kalau mcam tu tak apa,” jerit Zaidi.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa berang dengan tindakan Zaidi yang tidak langsung memikirkan perasaan dan sakit isteri selepas bersalin.

“Trauma terasa… bukan laki sendiri buat, tapi dia jerit sakit tu… terasa bawah ni macam mana… pedih, perit jahitan. Walaupun baru empat bulan bersalin, sakit tu masih terasa. Takut sangat-sangat.

“Aku kalau dapat laki macam ni, tak kira la baru kahwin dan baru dapat anak, esok laki tak ada dekat rumah, aku call grab datang rumah bawa pergi rumah mak aku. Beritahu family perangai laki iblis. Tak ada hati I hidup dengan laki macam tu.

“Jeritan sakit tu alahai terasa aku walaupun aku bukan dalam pantang. Sebab kita tahu situ sakit jahitan tak elok lepas tu baru saja lepas beranak,” komen beberapa netizen.

Saksikan telefilem terbitan Kl Motion Picture Company yang diarahkan oleh pengarah Reen Emran pada Sabtu ini bermula pukul 10 malam di Astro Citra atau strim di Astro Go / Ultra Box.

A post shared by Bambam Studios (@bambam_studios)

#Emma Maembong #Emma #Emma Nyang #Emma suami #ratah. #Telefilem Nyang
;