Laman Utama

[VIDEO] Baby Shima Kecewa Dikecam Selepas Tampil Dengan Imej Sopan - “Ramai Claim Pakai Tudung Sebab Kena Maki”

Asyikin Mayudin
19/02/2023
04:55 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Baby Shima Kecewa Dikecam Selepas Tampil Dengan Imej Sopan - “Ramai Claim Pakai Tudung Sebab Kena Maki”
Penampilan penyanyi Baby Shima memakai baju kurung dan bertudung ketika membuat persembahan sempena Isra Mikraj di Kuantan pada Sabtu mengundang kritikan netizen.
Shima meluahkan rasa kecewa apabila rata-rata netizen memilih untuk mengkritiknya tanpa melihat penampilannya yang mengikut hari yang bersesuaian.
“Selesai bergoyang ya habibi di Kuantan. Next time datang dulu sebelum berkata-kata. Majlis tak mula lagi dah macam-macam mengata.
“Bila Shima dapat tahu ada show pada hari Isra Mikraj, Shima sendiri yang ingin tampil sebegini, tapi ramai pula sebelum tampil, mereka lebih memilih berkata-kata dulu sebelum melihat, sampai ada yang berkata Shima tidak hormat hari mulia ini.
“Padahal mereka belum melihat dulu penampilan yang akan Shima mempersembahkan di hari yang mulia sempena Isra Mikraj ni. Shima tahu menyesuaikan diri dalam majlis tanpa disuruh sesiapa,” katanya.
Shima turut menegaskan dia memakai tudung bukan disebakan cacian yang diterima sebelum ini sebaliknya sudah lama merancang untuk tampil dengan imej itu.
“Benda dah lama plan. Korang saja yang melebih-lebih bila dengar nama Baby Shima nak datang saja macam-macam andaian yang korang buat sendiri.
“Sorry mana yang kena kawal sikit sebab tengah tu terlampau berlumpur tanahnya… apa pun thanks datang walau pun dapat pandang korang dari jauh di belakang .
“Tiba-tiba ramai claim pakai tudung sebab kena maki. Spin dan fitnah berpisah tiada. Benda dah lama dalam jadual korang je yang menyalak,” ujarnya.
Sebelum ini, penampilan seksi dan tarian gelek Shima ketika membuat persembahan sentiasa mengundang kecaman netizen di laman sosial.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar