[VIDEO] Bangga Ada Bapa Penyanyi, Tapi Netizen Tak Percaya Faizal Tahir Ada Anak
Perkongsian video anak perempuan kepada penyanyi Faizal Tahir iaitu Siti Raudhah Nur Iman di akaun TikTok miliknya mendapat perhatian netizen.
Menerusi video tersebut, Siti Raudhah Nur Iman memberitahu dia menerima pertanyaan mengenai dirinya adalah anak kepada penyanyi lagu Ragaman itu.
“Becomes the daughter of singer. Omg, you’re Faizal Tahir’s daughter right? (Menjadi anak kepada penyanyi. Omg, awak adalah anak Faizal Tahir kan?)” tulis di video tersebut.
Bagaimanapun, terdapat segelintir netizen yang baru mengetahui Faizal Tahir sudah berkahwin malah ada juga yang tidak percayai Iman adalah anak penyanyi itu.
“Weh aku ingat Faizal Tahir ni muda lagi belum kawin.
“Apa kena dengan komen yang tak tahu dia sudah kahwin? Dia dah mempunyai ramai anak.
“Tolong beri bukti,” komen beberapa netizen di ruang perkongsian video tersebut.
Membalas salah satu komen, Iman sekali lagi memuat naik video memaparkan beberapa keping gambar dia bersama bapanya sebagai bukti dia anak penyanyi terkenal itu.
Untuk rekod, Faizal mendirikan rumah tangga dengan Siti Raihanim Noran pada 2001 dan mereka dikurniakan tiga orang anak lelaki dan empat anak perempuan.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
undefined