Laman Utama
[VIDEO] “Bangga Dengan Pakaian Tradisional Kita!” - Letup! Nabila Huda 30 Hari 30 Kebaya Di New York
Pelakon, Nabila Huda membawa sehingga 30 pasang kebaya untuk digayakan sepanjang berada di New York, Amerika Syarikat.
Menerusi beberapa hantaran yang dikongsi akaun Instagram miliknya, Nabila berterima kasih kepada Royal Kebaya kerana menaja baju kebaya yang begitu cantik sekali.
“Ada 30 pasang kebaya, she berkebaya di New York City guys. 30 hari, 30 kebaya, thank you Royal Kebaya,” ucapnya.
Menerusi satu lagu hantaran, Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil berasa bangga kerana dapat memperkenalkan baju tradisional selain mempromosikan budaya tanah air di negara luar.
“Kenapa nak pakai macam New Yorker sedangkan kita patut bangga dengan pakaian tradisional kita! Kita patut berbangga dengan budaya dan batik kita.
“Jadi Abil pilih kebaya untuk travelog kali ini. Confirmed stunning nanti bila terkedek-kedek dekat Time Square tu nanti kan,” coretnya.
Difahamkan Abil akan berada di New York selama dua bulan untuk penggambaran sebuah program masakan.