[VIDEO] Baru Nikah 3 Bulan, Isteri Sedih Suami Meninggal 3 Minggu Sebelum Majlis Bersanding
Tular sebuah kisah mengenai seorang wanita yang dikenali sebagai Mai meluahkan rasa sedih apabila suami yang baru dinikahi, Muhd Harith telah pergi menghadap Ilahi akibat kemalangan jalan raya di Perling Johor, 6 November lalu.
Difahamkan pasangan tersebut baharu sahaja bergelar suami isteri pada 13 Ogos lalu dan merancang untuk mengadakan resepsi persandingan pada 27 November depan. Malah segala persiapan perkahwinan telah pun disediakan.
Menurut seorang saksi, dia yang melihat kejadian berlaku didepan matanya berkata, mangsa tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian biarpun cuba disedarkan beberapa kali oleh isterinya.
“Kejadian berlaku depan mata, mangsa tercampak. Saya pergi kepada pasangan itu, isteri mangsa ketika itu kejut suami dia ‘baby bangun baby’.
“Luluh sangat hati bila tengok, isterinya sampai goncang badan suami dia nak suruh bangun,” katanya.
undefinedDalam pada itu, menerusi hantaran di Instagram, Mai turut berkongsi potongan video memaparkan keadaan dirinya yang lemah sambil menangis teresak-esak selepas insiden tersebut berlaku.
Sementara itu, di ruangan balas Mai, rata-rata wargamaya turut meluahkan rasa simpati dan sedih dengan nasib yang menimpa wanita tersebut.
Wargamaya turut menitipkan doa buat mangsa dan berharap Mai kuat mengharungi ujian itu.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.