Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

[VIDEO] BCL Pakai ‘Sport Bra’ Tunjuk Perut, Muat Naik Kapsyen Sarkastik - “Buat Yang Belum Faham…”

Asyikin Mayudin 16/11/2022 | 23:55 MYT
Sebelum ini kecoh mengenai bahagian perut penyanyi Indonesia terkenal Bunga Citra Lestari yang kelihatan buncit sehingga segelintir netizen menuduhnya dia sedang hamil.

Biarpun sudah menafikan dakwaan itu namun bagi membuktikan lagi perutnya tidak buncit, BCL berkongsi video di TikTok memperlihatkan bentuk badannya dari bahagian sisi.

“Semuanya tentang postur badan dan angle (sudut kamera). Buat yang belum faham,” tulis BCL secara ringkas.

Menerusi perkongsian tersebut, BCL hanya memakai ’sport bra’ berwarna hitam sambil menunjukkan bahagian perutnya.

Rata-rata netizen beranggapan perut kelihatan sedikit buncit itu merupakan perkara biasa apatah lagi selepas makan.

“Saya juga sering disangkakan hamil padahal cuma perut banyak makan saja.

“Nasib saya bukan artis, kalau tak tiap-tiap tahun orang fikir saya mengandung.

“Setuju, saya juga mengalami masalah yang sama… jadi saya memahami awak,” komen beberapa netizen.

Bagaimanapun, terdapat segelintir netizen berpendapat BCL tidak perlu pun memberi penjelasan kepada netizen mengenai perkara tersebut.

Malah, isteri kepada Allahyarham pelakon Ashraf Sinclair ini sekali lagi memuat naik foto yang lebih kurang sama di laman Instastory miliknya.

Terdahulu, BCL tampil menafikan dakwaan dia sedang hamil anak kepada vokalis kumpulamn Noah iaitu Ariel seperti yang tular di media sosial.

BCL turut mengakui dia berasa sedih apabila netizen seolah-olah mahu melakukan ‘body shaming’ terhadap bentuk badannya selepas tular video memperlihatkan perutnya membuncit.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

@bclofficial_ Buat yang belom pahaamm..... ? #BCL #bclsinclair ♬ Rumors (feat. Cardi B) - Lizzo

#Bunga Citra Lestari #BCL #BCL buncit #BCL perut
;