Laman Utama
[VIDEO]: “Belah Kiri Ada Lori, Kereta Hilang Haluan, Hanya Mampu Jerit” - Zarina Zainuddin Kongsi Detik Cemas Tayar Meletup Dekat Highway
Pelakon, Zarina Zainuddin berdepan detik cemas apabila tayar kereta yang dipandu tiba-tiba pecah dan terbelah dua.
Ketika kejadian berlaku, Zarina bersama ibu dan seorang anak kembarnya, Muhammad Razil Azrai atau lebih dikenali sebagai Azil.
Menurut Zarina, kejadian berlaku ketika hujan lebat dan dia terpaksa mengawal kenderaan untuk berhenti di bahagian tepi jalan.
“Masa pergi okay masa balik hari hujan lebat, saya tak bawak laju sebab bawak anak dengan mak. Masa tayar tu meletup tepi belah kiri ada lori, kereta saya dah hilang haluan.
“Saya pegang handle kuat-kuat dah hanya mampu jerit Allahuakhbar Allahuakhbar Allahuakhbar.. Ya Allah Ya Allah Ya Allah… Tayar tu dah terbelah dah tapi masih lekat pada rim.
“Saya terbau benda terbakar risau saya. Nasib baik masa kejadian tak ada kereta atau lori belakang kereta saya. Saya handle stering kereta ke bahu jalan rapat-rapat. Ya Allah permudahkan lah,” jelasnya menerusi hantaran di akaun Instagram.
Tambah Zarina lagi, walaupunc emas namun dia sebagai ibu harus mengambil tanggungjawab untuk menenangkan Azil yang ketakutan.
“Azil agak takut dia duduk diam-diam pegang tangan saya. Kita orang nak terkencing pun kena tahan. Terima kasih atas doa doa semua, syukur alhamdulillah. Mak saya dapat saya bawak balik KL walaupun dengan keadaan begini,” tulisnya.
Dalam pada itu, Zarina juga menjelaskan kepulangannya ke Perak adalah untuk mengambil ibunya pulang ke Kuala Lumpur adalah tidak dirancang.
Disebabkan itu juga, Zarina turut dimarahi suaminya kerana suka melakukan sesuatu perjara tanpa perancangan selain tidak memaklukan kejadian itu lebih awal.
“Saya sampai rumah dengan selamat. Sampai di rumah ingat nak mengadu dengan suami akhirnya kena marah. Suami cakap saya suka buat satu benda tu tanpa rancangan.
“Terus gerak je sampai Sungai Buluh baru teringat nak bagitahu suami. Abah, ibu gerak ke Ipoh ambik mak rindu sangat kat mak. Ina bawa Azil sekali.
“Dia kata boleh ke handle tu sorang-sorang. Insya-Allah boleh. Kereta okay ke, saya kata okay sahaja. Padahal saya tak check pun. Saya tahu check minyak je.
“Dia pun tak cakap apa-apa, saya dah gerak. Dia tahu isteri dia ni main redah je pergi mana-mana. Bagi saya, saya curi-curi masa yang ada, kebetulan saya free,” jelasnya lagi.