Laman Utama

VIDEO: “Bila Shuib Panggil Ibu… Allah Sebak Tengok Dia Pandang Lama Muka Adik Miza…” - Netizen

Mya Amri
19/07/2023
23:50 MYT
Sponsor Banner
VIDEO: “Bila Shuib Panggil Ibu… Allah Sebak Tengok Dia Pandang Lama Muka Adik Miza…” - Netizen
Setelah lama menanti, akhirnya pelawak Shuib dipertemukan dengan kanak-kanak wajah mirip arwah isterinya, Siti Sarah Raissuddin iaitu adik Miza.
Momen berharga itu dirakamkan dan di muat naik di akaun Instagram milik bekas ibu mentuanya tirinya iaitu Siti Fatimah Suberi atau lebih mesra disapa Makder.
Menurut Makder, pertemuan itu merupakan sesuatu yang istimewa buat mereka sekeluarga.
Malah menerusi coretan di hantaran itu juga Makder berharap hubungan mereka sekeluarga bersama adik Miza berpanjangan.
“Alhamdulillah terlalu besar rezeki ini, dapat berjumpa lagi, kali ini satu keluarga. Semoga ikatan ini terus berpanjangan,” tulisnya.
Selain pertemuan itu, apa yang menarik perhatian netizen adalah reaksi Shuib sewaktu memandang adik Miza.
Pandangan dan renungan Shuib dengan mata yang redup itu membuatkan netizen tidak dapat menahan sebak.
“Tak lepas pandangan Shuib dekat adik Miza, akhirnya dapat ubat rindu dekat arwah,” komen seorang netizen.
“Cara Shuib panggil ibu tu buat aku sebak. Pandangan Shuib masa salam tu nampak dia sangat rindu pada wajah tu,” coret seorang lagi netizen.
“Apalah agaknya yang ada dalam hati Shuib, akhirnya dapat juga jumpa, kita pula yang sebak tengok cara Shuib pandang adik Miza,” tulis netizen.
BACA: [VIDEO] Kanak-Kanak Mirip Wajah Siti Sarah, Netizen Terkejut - “Bila Tak Make Up Pun Tetap Sama Weh! Rindunya”
BACA: Ramai Terharu Reaksi Watie Bila Video Call Adik Iras Arwah Sarah - “No Wonder Shuib Pilih Dia, Sangat Memahami”
Terdahulu, tular video seorang kanak-kanak yang dikatakan wajahnya mirip penyanyi, Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, netizen mengatakan wajah kanak-kanak perempuan yang memakai baju oren dan berhijab itu saling tidak tumpah seperti arwah Siti Sarah.
Untuk info: Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad telah mendirikan rumah tangga dengan Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah (Watie) pada 23 Jun lalu.
Dalam majlis serba indah yang berlangsung di Putra Glass Hall, Putra Height, Shuib menyerahkan mas kahwin sebanyak RM8,288.
Shuib sebelum ini pernah berkahwin dengan arwah Siti Sarah pada tahun 2011.
Hasil perkongsian hidup bersama arwah Siti Sarah, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 2.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar