[VIDEO] Busana Nampak Lurah Jadi Perhatian, Jasmine Suraya: “Let’s Serve More Of It”
Penampilan pelakon Jasmine Suraya Chin ketika menghadiri sebuah acara baru-baru ini telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di laman sosial.
Menerusi video yang dikongsikan di laman sosial, Jasmine atau nama sebenarnya Jasmine Suraya Chin Xian Mei menggayakan busana berona kelabu cerah yang hanya menampakkan bahagian lurah dadanya.
Rata-rata netizen di ruangan balas mempersoalkan tindakan Jasmine yang dikatakan terlalu ‘berani’ tampil sedemikian di acara yang dihadiri orang ramai.
Namun, terdapat segelintir netizen mempertahankan Jasmine dengan mengatakan tidak salah dia mengenakan busana seksi memandangkan pelakon filem Paskal itu bukan beragama Islam.
“Asal nama ala-ala melayu sikit korang cop Islam eh. Dia non muslim la tapi petah bercakap bahasa Melayu,” komen netizen.
Jasmine bagaimanapun dilihat tidak melatah malah turut memuat naik video di TikTok memperlihatkan dia memperagakan busana tersebut.
“Orang bercakap tentang busana ini. Mari hidangkan lebih banyak lagi,” tulisnya secara ringkas.
BACA SINI: Jasmine Suraya Malu Tonton Semula Aksi Ranjang- “Angle Camera Buat Babak Panas Nampak Lagi Daring…”
BACA SINI: "Kalau Ya Pun Pakailah Coli" - Netizen Persoal Penampilan Seksi Jasmine Suraya