Laman Utama

[VIDEO] Cemas! Anak Sesat Tak Jumpa Jalan Balik, Sharifah Zarina Bersyukur Diselamatkan Penghantar Makanan; “Abang Itu Hantar Sampai Rumah”

Shahrin Zulkifle
03/12/2022
01:00 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Cemas! Anak Sesat Tak Jumpa Jalan Balik, Sharifah Zarina Bersyukur Diselamatkan Penghantar Makanan; “Abang Itu Hantar Sampai Rumah”

Penyanyi Sharifah Zarina meluahkan rasa kerisauan apabila anaknya, Athalia Deena berdepan detik cemas selepas sesat ketika mencari jalan pulang ke rumah pada malam Khamis lalu.

Difahamkan Athalia yang baru selesai menghadiri sebuah majlis gagal menjumpai jalan pulang disebabkan aplikasi waze tidak boleh digunakan kerana telefon bimbitnya sudah kehabisan bateri.

“Saya hairan dah pukul 12:30 malam dia tak balik-balik, saya dah panik dan risau waktu itu. Saya check guna aplikasi Friends Finder dia berada di Kepong, waktu itu saya anggap dia guna jalan belakang.

“Tapi saya hairan kenapa dia lama sangat dekat situ tak bergerak, saya rasa dia habis bateri, rupanya memang betul dia habis bateri dan wayar caj telefon pula rosak ketika itu. Malam tu juga nak rosak, tak pernah-pernah rosak.

“Dia kata dah hampir sejam pusing dekat kawasan sama, anak saya sesat di kawasan tersebut selama sejam rupanya, Allahuakbar,” ujarnya.

Pelantun lagu Langit Ketujuh itu berkongsi perkara tersebut menerusi satu hantaran video di Instagram miliknya.

Bagaimanapun jelas Zarina, Athalia akhirnya berjaya sampai ke rumah dengan selamat selepas dibantu oleh seorang penghantar makanan.

Dalam masa sama, ibu kepada tiga cahaya itu memanjat rasa syukur dan merakamkan ucapan terima kasih kepada individu tersebut yang dikenali sebagai Muhd Zul Naim kerana membantu anaknya.

“Athalia berhenti dekat satu stesen minyak dia pinjam telefon dekat orang di situ. Mula-mula ada yang tak bagi pinjam sebab khuatir dia penipu kan.

“Kemudian ada seorang abang grab food, dia sudi beri pinjam. Bukan itu sahaja tau, abang itu sanggup hantar dia balik sampai depan rumah. Allahuakhbar, tak tahu nak cakap apa.

“Saya sampai mesej abang itu minta nombor akaun nak upah sebab dah bantu anak saya. Saya cakap dengan dia susah nak cara orang baik macam itu zaman sekarang ni.

“Dia kata ikhlas, dia hanya minta saya doakan dia dapat lebih banyak order lepas ini,” tambahnya.

Pada akhir video tersebut, Zarina turut menadah tangan dan menyebut nama Muhd Zul Naim lantas mendoakan kesejahteraan buatnya.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar