Laman Utama

[VIDEO] Demam On & Off, Pelakon Ashraf Muslim Baru Sedar Diserang Demam Denggi

Shahrin Zulkifle
18/07/2022
06:00 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Demam On & Off, Pelakon Ashraf Muslim Baru Sedar Diserang Demam Denggi
Pelakon berwajah tampan, Ashraf Muslim telah dimasukan ke wad akibat jangkitan demam denggi pada Jumaat lalu.
Perkara itu telah dimaklumkan sendiri oleh Ashraf menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya.
Menurut Ashraf, dia yang sebelum itu tidak berapa sihat sejak beberapa hari sebelum penyakit demam denggi itu disahkan.
“Assalamualaikum sahabat semua, kecundang juga saya selepas beberapa hari demam yang on and off ini.
“Rupa-rupanya baru dapat kesan demam denggi. Minta maaf sahabat dan rakan kerja kerana ada yang menelefon dan text tetapi tidak sempat untuk membalasnya.
“Saya juga memohon maaf sekiranya ada salah dan silap saya selama ini. Assalamualaikum,” tulis Ashraf pada kapsyen.
Sementara itu di ruangan balas, terlihat beberapa rakan selebiriti yang turut mendoakan kesembuhan kesihatan Ashraf.
@hunhaqeem : “Sending you prayers! Get well soon abang”.
@azzaelite : “Di doakan kesembuhan buat Ashraf”.
@aididmarcello : “Semoga cepat sembuh sahabat, semoga Allah menggugurkan dosa-dosa sahabat, sakit tanda Allah sayang.
@fizzfairuzofficial : “Cepat sembuh sahabat”, antara doa yang dikirimkan.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar