[VIDEO]: “Dia Hug, Kita Yang Nangis” - Momen Alif Satar Peluk Erat & Cium Ibu Sambut Kepulangan, Buat Ramai Sebak
Penyanyi dan pelakon, Alif Satar meluahkan rasa syukur apabila kedua ibu bapanya selamat tiba di Tanah Air selepas selesai menunaikan ibadah haji di Tanah Suci
Alif berkongsi berita itu menerusi hantaran video terbaharu di akaun Instagram miliknya hari ini.
Paling menyentuh hati, entri yang disertakan dengan video pendek itu merakamkan Alif meluru ke arah ibunya sebaik sahaja mereka bertemu.
Alif kemudiaannya memeluk erat ibunya sebelum mencium ibunya dengan penuh kasih sayang.
“Ada hamba Allah berikan video ini pada saya. Terima kasih kerana merakamkan momen ini.
“Semalam Alif sambut mama ayah balik dari Tanah Haram, syukur kedua-duanya pulang dengan selamat.
“Buat semua jemaah haji yang baru pulang, semoga Allah S.W.T menerima segala ibadah mu, semoga Allah besarkan pahala mu dan semoga Allah ganti dan gandakan apa yang telah kau belanjakan. Ameen,” tulisnya.
Video tersebut juga menyentuh hati netizen dan juga selebriti antaranya Diana Daniel.

Selain itu netizen juga menyatakan rasa kerinduan terhadap ibu bapa mereka selepas melihat keakraban Alif dan kedua ibu bapanya.
