Laman Utama
[VIDEO] Dikecam Beli Botor Air ‘Kayangan’ Untuk Adik, TikTokers Aisyah Tampil Beri Penjelasan - "Kalau Pergi Sekolah Pakai Yang Murah Nanti...”
Gara-gara berkongsi video membelikan botol air untuk adik-adiknya, seorang TikTokers yang dikenali sebagai Aisyah menerima pelbagai kecaman negatif daripada netizen di laman Twitter.
Aisyah menerusi akaun TikTok miliknya mengakui dia terkejut apabila ada netizen mempertikaikan tindakannya berbelanja untuk adik-adiknya kerana menganggap harga botol air itu terlalu mahal.
“Saya tak guna duit dia, saya guna duit saya sendiri untuk belikan adik-adik saya… mereka happy, saya pun happy. Saya bukan beli untuk orang luar.
“Jadi bila kita beli barang mahal untuk orang kita sayang, kita tak rasa pun benda itu mahal. Kalau budak-budak pergi sekolah bawa botol air murah, jatuh sikit dah pecah.
“Lepas itu nak beli banyak kali pun dah kos juga. Kalau kita beli sekali yang betul-betul tahan, walaupun jatuh banyak kali tak pecah, yang itu baru okay. Saya beli yang mahal sebab kualiti dia yang okay,” katanya.
Turut terkesan dengan kecaman di Twitter itu adalah Puan Hana selaku pengasas produk MommyHana.
Puan Hana berasa terkilan atas kecaman yang diterima di Twitter dan TikTok yang mendakwa harga produk MommyHana mahal.
Menurut Puan Hana, ramai orang tidak tahu usaha yang diletakkan untuk menghasilkan sesuatu produk, apatah lagi produk tersebut berkualiti, tahan lama dan terbaik.
“Sebagai perbandingan, Puan Hana menjelaskan jika kita boleh membeli secawan kopi dengan harga RM15 ke RM20 tanpa banyak soal hanya kerana produk itu adalah produk dari negara luar.
“Maka mengapa orang kita sendiri mahu mengecam produk dari negara sendiri hanya kerana harga yang menurut mereka mahal?
“Jangan seperti anjing menyalak di bukit. Bukit tak runtuh, termalu diri sendiri.” Ujarnya di akhir penulisannya di laman social miliknya.
@itsmeaisyah__ ⚠️ tiktok please do not delete this video ⚠️ this video is not bully anyone ?♬ original sound - ?????? ???? ᵔ ᴥ ᵔ
Must-Watch Video