Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

[VIDEO]: Dilabel Bean Bag & Plastik Sampah, Fashion Unik Aina Abdul Jadi Perhatian! Netizen - “Janji Tutup Aurat, Love!”

Mya Amri 22/08/2022 | 02:00 MYT

Baju yang digayakan penyanyi, Aina Abdul di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW2022) pada Ahad mendapat perhatian netizen.

Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani mengayakan busana hitam rekaan jenama popular Behati.

Namun apa yang menariknya, penampilan Aina kali ini dipuji netizen yang rata-ratanya berpuas hati dan melabelkan pakainannya sebagai ‘mematuhi syarak’

Ini kerana busana yang digayakan Aina menutupi hampir keseleruhan bahagian badan dan hanya menampakkan bahagian muka sahaja.

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Walaupun ada juga yang mengatakan pakaian Aina kelihatan empuk seperti ‘bean bag’ sewaktu duduk dibarisan hadapan pertunjukan fasyen, namun ramai yang memuji kecomelan Aina.

Bagaimanapun jika ada reaksi positif sudah pasti komen kurang enak juga turut diberikan kepada rekaan tersebut.

Ada yang kata busana itu kelihatan seperti gumpalan selimut dan juga tidak kurang juga melabelkannya sebagai plastik sampah.

Terdahulu, Aina sebelum ini pernah terpalit kontroversi apabila penampilannya dalam sidang media Kinsert A Night With Aina Abdul 2.0 dikritik netizen kerana pemakaiannya didakwa menyerupai biarawati gereja atau rahib.

#Viral #Tular #Aina Abdul #Behati #KLFW2022 #Baju Unik
;