Laman Utama
[VIDEO] Elvina Mohamad Geram Orang Main Cop Parking - "Lepas Tu Menipu Cakap Dah Berdiri Lama Padahal ..."
Pelakon Datin Elvina Mohamad meluahkan rasa berang apabila berdepan dengan situasi di mana ada seorang wanita berdiri di tempat letak kenderaan atau ‘cop’ parking.
Menerusi perkongsian video Elvina di TikTok, dia menegur tindakan wanita tersebut yang tidak sepatutnya bersikap sedemikian namun individu itu berkata dia sudah lama berdiri di situ.
“Tak sangka eh masih ada orang buat macam ni, nak cop cop parking! Kita ni punya la 3, 4 kali pusing cari dan tunggu parking. Lepas tu senang-senang dia berdiri situ nak cop parking untuk kawan dia.
“Lepas tu menipu cakap dah berdiri lama padahal kami dari awal memang dah tunggu nak park situ lepas kereta lain keluar dari parking. Ikutkan hati saja nak maki! Haihhh geram rasa!” luah Elvina.
Rata-rata netizen turut berang dengan tindakan individu tersebut yang dianggap pentingkan diri sendiri dan langsung tidak rasa serba salah bertindak seperti itu.
“Ada juga perangai macam ini pentingkan diri sendiri. Senang-senang cop parking… parking saja sebelah dia biar tak boleh keluar.
“Ada akta untuk cop parking ni… tunjuk dekat dia akta itu dan cakap nak buat laporan pada JPJ.
“Memang ada manusia macam ini… saya pernah kena. Memang sumpah seranah saja dalam kereta. Geram!” komen beberapa netizen.
Isu 'cop' parking sering kali berlaku di kebanyakan kawasan termasuk perumahan dan lot kedai malah di pusat beli-belah juga budaya ini menjadi satu trend yang kurang sihat.
Ia dilakukan individu tertentu dengan meletakkan sesuatu 'tanda' atau objek seperti kon, tong gas atau botol di petak parkir yang kosong.
Untuk info, budaya cop parking ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana petak parkir itu adalah hak milik awam, maka mana-mana individu tiada hak untuk mendesak atau menghalang individu lain daripada menggunakan petak parkir itu.
Individu yang sengaja 'cop' parking ini boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan; dan sekiranya kesalahan berulang kali kedua atau lebih, individu itu boleh dikenakan denda maksimum RM4,000 atau penjara tidak lebih dua belas bulan, atau kedua-duanya; seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
@elvinamohamad
Tak sangka eh masih ada orang buat macam ni, nak COP2 PARKING! Kita ni punya laa 3 4 kali round cari and tunggu parking. Lepas tu senang2 dia je dia berdiri situ nak cop parking untuk kawan dia. Lepas tu menipu cakap dah berdiri lama padahal kami dari awal memang dah tunggu nak park situ lepas kereta lain keluar dr parking. Ikut kan hati je nak maki! Haihhh geramm rasa!
♬ original sound - Elvina Mohamad