Laman Utama
[VIDEO] Empat Maut, 38 Cedera Letupan Di Istanbul
Empat orang awam terbunuh manakala 38 lagi cedera selepas sebuah letupan menggegarkan Istiklal Avenue di tengah bandar Istanbul, hari ini.
Kenyataan dikeluarkan gabenor tempatan dan menerbitkan video memperlihatkan situasi genting itu menyebabkan orang awam lari menyelamatkan diri dari letupan.
TERKINI:
VIDEO LETUPAN BOM DI TAKSIM SQUARE TURKI TADI.
BERHATI-HATI SAPA YANG ADA DEKAT TURKI SEKARANG DAN YANG AKAN KE TURKI DALAM MASA TERDEKAT. STAY SAFE! pic.twitter.com/5RDlvsLNAp
— Travel Jimat (@TravelJimat) November 13, 2022
Dalam kejadian itu, pihak berkuasa mengepung lokasi dan beberapa ambulan bergegas ke tempat kejadian . Menurut TRT News, lokasi itu terletak di Beyoglu di bandar Istanbul yang sesak dengan orang awam.
"Terdapat kehilangan nyawa dan kecederaan," kata Gabenor Istanbul Ali Yerlikaya di Twitter memaklumkan letupan berlaku sekitar 4.20 petang waktu tempatan.
Namun begitu, agensi Anadolu milik kerajaan Turki berkata punca letupan masih belum diketahui.
Dalam pada itu, wartawan Reuters menyaksikan sebuah helikopter berlegar di udara serta beberapa ambulan berada berhampiran Dataran Taksim.
Balai polis Kasimpasa memaklumkan semua anggotanya berada di tempat kejadian tetapi tidak mengeluarkan butiran lanjut.
Media tempatan berkata penyiasat turut berada di tempat kejadian. Dalam masa sama, Bulan Sabit Merah Turki berkata bekalan darah sedang dibawa ke hospital berdekatan.
Pengawal Majlis Tertinggi Radio dan Televisyen Turki (RTUK) mengenakan larangan penyiaran ke atas liputan letupan itu kira-kira sejam selepas ia berlaku.
Sumber: Astro Awani
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!