[VIDEO] Hati Netizen Berubah Tengok Layanan Watie Terhadap Anak-Anak Shuib - “Dulu Beria Nau Cakap Orang Itu Ini…”
Layanan baik isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah terhadap anak-anak tirinya menerima pujian daripada netizen di laman sosial.
Apa yang membuatkan netizen lagi bertambah suka dengan Watie apabila wanita itu dilihat memujuk anak ketiga iaitu Ariq Matin yang sedang merajuk menerusi video yang dikongsikan di media sosial.
“Al kisahnya. Semalam selepas tengok video menyanyi mummy dan Dekta (panggilan Talita), ada yang cemburu, merajuk sampai menangis.
“Padahal lupa yang dia tak ikut mummy (Matin dekat rumah atuk). Memang sampai ke sudahlah jawapan mummy dia tak dapat nak terima,” kata Watie.
Menerusi video tersebut, Watie terus memujuk Matin yang menangis dengan mengatakan dia akan menyanyikan lagu.
"Masa itu mummy (panggilan Watie) dengan Dekta (panggilan Talita) sahaja, mana ada awak... biarlah mummy peluk Dekta, asyik peluk awak saja. Matin kenapa awak nak merajuk.
“Mummy keluar berdua saja dengan Dekta. Awak tak ikut mummy. Masa tu awak dekat rumah atuk. Janganlah menangis... Dia merajuk sekarang.
“Mummy menyanyi dengan awak pula. Macam mana mummy nak menyanyi dengan awak kalau awak tak beri kerjasama," pujuknya.
Perkongsian itu membuatkan ramai dalam kalangan netizen terharu dengan cara pujukan Watie dan menganggap wanita tersebut sememangnya layak untuk menjadi isteri Shuib.
“Sekarang barulah mata netizen terbuka luas… dulu beria nau orang cakap ini itu. Ha sekarang baru tahu kan…Alhamdulillah Watie Mummy yang tepat dan baik.
“Pasti Shuib sangat lega bila dah ada ibu baru untuk anak-anak dia. Meskipun bukan ibu kandung tapi InsyaAllah kasih sayang yang Watie bagi mesti tak berbelah bahagikan. Arwah Sarah pun turut bahagia tengok anak-anak dia happy.
“Tiba-tiba rasa terharu tengok… ada tempat anak-anak untuk bermanja dengan ibu,” komen beberapa netizen.
ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Terharu Reaksi Watie Bila Video Call Adik Iras Arwah Sarah - “No Wonder Shuib Pilih Dia, Sangat Memahami”
ARTIKEL BERKAITAN: Ditanya Tentang Zuriat, Ini Jawapan Watie - “Saya Ambil Keputusan Untuk Jaga Anak-Anak Yang Ada Dulu”
Terdahulu, Shuib dan Watie disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 23 Jun lalu di Putra Glass House, Putra Heights.
Sekadar info, Shuib berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Namun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.