Laman Utama
[VIDEO] "Ingat Balasan, Ingat Azab, Ingat Bala Allah!" - PU Amin Tegur Video Usahawan Tepuk Punggung
Pendakwah bebas, PU Amin menegur tindakan sekumpulan pengasas produk tempatan susulan tularnya video tepuk punggung baru-baru ini.
BACA: “Contoh Iman Dah Kurang…” - Tepuk Punggung Demi Promosi Karnival, Kak KM, Vida, Ifa Raziah Dikecam
Dalam hantaran video di TikTok, kata PU Amin, aksi itu seakan-akan tidak memikirkan soal maruah dan sensitiviti agama Islam.
"Ingat balasan, ingat azab, ingat bala bencana Allah SWT. Bertepuk tampar punggung di khalayak awam. Ramai yang menantikan, ramai saksikan. Boleh jadi trend ka selepas ni. Ramai tengok, macam syok ja. Jangan sampai macam tu sekali.
"Yang buat ni bukan anak orang, tapi mak-mak orang yang buat perangai macam ni. Kadang-kadang tak fikir ka fasal maruah diri, tak fikir ka fasal sensitiviti agama dan tak fikir ka anak-anak kecil kita tengok video macam ni?" ujarnya.
Video yang viral itu membabitkan empat usahawan tempatan popular iaitu Ifa Raziah, Datuk Seri Vida, Kak KM dan Cheta Pot Pet.
Tambah PU Amin lagi, tindakan tanpa kawalan itu didorong oleh galakan dan sokongan masyarakat semasa terhadap mereka.
"Kita pun kadang mungkin dibeli dengan kekayaan dia. Dia suka puji puja, kita sokong dia. Kita tak pernah rasa nak boikot dia. Sebab apa, sebab kita suka tengok kekayaan orang macam ni.
"Tak boleh kita meniaga jual badan kita. Berhentilah dari perangai macam ni. Takut anak-anak kita pun ikut benda sama. Moga moga Allah pelihara kita. Jangan sebab benda macam ni turun pula bala bencana," katanya.
undefined
#Viral
#Datuk Seri Vida
#Ifa Raziah
#Produk
#DSV
#Usahawan
#PU Amin
#Kak KM
#Founder
#Cheta Pot Pet
#Tepuk Punggung