Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

[VIDEO] “Inilah Dia, Sama... Memang Wangi”- Uwais Terkenang Arwah Ibu, Bau Perfume Siti Sarah Pengubat Rindu

Mya Amri 29/03/2023 | 13:50 MYT
Anak sulung kepada pasangan Shuib dan Allahyarham Siti Sarah, Uwais Al Qarni menzahirkan rasa rindu terhadap arwah ibunya.

Menerusi video yang dikongsi di akaun Instagram milik Sarah, Uwais menceritakan antara kenangan manis yang tidak dapat dilupakan bersama arwah.

Video itu merakamkan Uwais tersenyum dan matanya kelihatan sedikit berkaca sewaktu bercerita gelagat ibunya yang berminat dengan bau minyak wangi seorang wanita ketika mereka bercuti di Autralia.

“Ada satu hari tu Uwais nak beli baju dekat Australia, masa nak beli baju tu ada seorang perempuan lalu tiba-tiba Uwais nampak dia macam (menghidu) wanginya.

“Uwais cakap wangi apa ibu? Ibu cakap tu perempuan tadi tu. Dia punya perfume, kejap ibu nak pergi tanya dia pakai perfume apa.

“Ibu nak pergi dekat dia sekejap, hello what perfume are you using? Lepas tu perempuan tu cakap i’m using Ariana Grande. Akhirnya dia beli,” kongsinya.

Uwais kemudiannya mengambil botol minyak wangi itu sebelum menunjukkan pada video berkenaan.

“Inilah dia minyak wanginya, seratus peratus sama. Memang wangi,” katanya sambil menghidu bau minyak wangi tersebut.

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

Dalam pada itu di ruangan komen rata-rata pengikut sebak melihat video dan juga raut wajah Uwais.

“Dia yang bercerita kita pula yang sebak. Rindu seorang anak terhadap ibunya, hanya kenangan dapat diceritakan. Moga Uwais jadi anak soleh,” komen seorang netizen.

“Anak pertama pastinya ada tempat yang sangat istimewa seorang ibu. Ibu pula adalah cinta pertama setiap anak. Al-Fatihah buat Siti Sarah,” tulis seorang lagi.

“Dia yang paling banyak memori dengan ibu, mesti dia rindu ibu sangat-sangat,” coret seorang lagi netizen.

Untuk rekod, Shuib berkahwin dengan Siti Sarah pada 26 Februari 2011 dan pasangan itu dikurniakan empat anak, Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.

Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada 9 Ogos 2021.

#Siti Sarah #Shuib #Allahyarham Siti Sarah #Uwais Al Qarni #Uwais
;