[VIDEO] Insiden Pegawai Pasukan Lempar Kucing, Doa Peminat Mahu Brazil Kalah Di Piala Dunia Makbul; “Padan Muka, Kena Badi…”
Doa peminat setia kejohanan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022 yang mahu melihat pasukan Brazil tewas di tangan Croatia akhirnya dimakbulkan.
Ini kerana, peminat mula berasa berang susulan daripada tindakan pegawai skuad Brazil yang melempar seekor kucing ke lantai dalam satu sidang akhbar yang berlangsung baru-baru ini.
Ketika kejadian itu, pegawai berkenaan berada di sebelah salah seorang pemain Brazil, Vinicius Jr yang sedang menjawab soalan daripada wartawan.
Bagaimanapun, secara tidak sengaja seekor kucing telah melompat ke atas meja sebelum pegawai tersebut bertindak di luar kawalan dengan mengangkat kucing berkenaan secara kasar dan melemparkannya ke lantai.
Susulan daripada itu, rata-rata peminat bola sepak berasa geram dengan tindakan pegawai berkenaan sehingga topik tersebut menjadi bualan di seluruh laman sosial termasuk platform Twitter.
Menerusi tinjauan Gempak ke laman sosial tersebut, rata-rata wargamaya seakan berpuas hati apabila melihat Brazil tewas dan menganggap ia adalah ‘sumpahan’ susulan tindakan pegawai pasukan berkenaan.
“Siapa suruh campak kucing, kan dah kalah LOL,” kata seorang wargamaya.
“Brazil kalah gara-gara pegawai dia buang kucing hari itu, sia-sia beli jersey Brazil,” komen seorang warganet.
“Padan muka Brazil kalah, Itu lah buang lagi kucing macam tu, kan dah kena badi haha,” kongsi seorang netizen.
Terdahulu, perlawanan yang berlangsung malam tadi di Stadium Education City, Doha menyaksikan kekalahan Brazil ditangan Croatia dengan keputusan penuh 4-2.
Keputusan tersebut sekaligus menyaksikan Brazil tersingkir daripada Piala Dunia 2022 dan sekadar berpuas hati berada di peringkat suku akhir