Laman Utama

[VIDEO] Isu Bersalin Dengan Doktor Lelaki, Netizen Puji Cara Ustaz Azhar Idrus Jelaskan Hukum - “Bila Masuk Sempadan Darurat, Apa Yang Haram…”

Asyikin Mayudin
08/11/2022
03:00 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Isu Bersalin Dengan Doktor Lelaki, Netizen Puji Cara Ustaz Azhar Idrus Jelaskan Hukum - “Bila Masuk Sempadan Darurat, Apa Yang Haram…”
Bagi menjelaskan isu yang hangat diperkatakan di TikTok, penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus tampil memberi penjelasan mengenai kenyataan suami ‘dayus’ biarkan isteri bersalin dengan doktor lelaki.
Menerusi video di TikTok, Ustaz Azhar Idrus atau dikenali sebagai UAI berkata hukum haram boleh berubah sekiranuya darurat dari segi perubatan.
"Dengar baik-baik. Hukum yang asal perempuan itu berubat dengan perempuan. Lelaki berubat dengan lelaki kerana masalah aurat. Sesama perempuan walaupun aurat haram melihat tetapi lebih berat jika berlainan jantina.
"Tetapi dalam berubat dia ada kadar-kadarnya. Bila masuk sempadan darurat, apa yang haram diangkat sekejap. Allah sebut dalam al-Quran, 'Barangsiapa yang masuk situasi yang tidak boleh lagi buat pilihan, bukan sengaja atau berlebih-lebihan, tidak berdosa.'
"Asalnya, 'Allah haramkan kamu makan bangkai, darah dan babi! Tetapi di padang pasir kamu kelaparan, tak jumpa (makanan) tetapi jumpa bangkai. Ada pilihan lain tak? Tak ada!
"Keadaan darurat itu membolehkan apa yang tidak boleh. Jadi nak beranak, isteri mesti beranak dengan doktor perempuan. Tetapi jika tidak ada doktor perempuan hanya lelaki.. Sedangkan beranak itu kritikal, yang berkait dengan dua nyawa iaitu ibu dan anak dalam kandungan.
"Oleh kerana tidak ada doktor perempuan, jadi ambil doktor lelaki maka tidak berdosa. Apa pula kata dayus? Tak haram! Yang haram bila ada doktor perempuan tetapi nak juga doktor lelaki yang selak kain isteri. Faham tak?” katanya.
@ustazazharidrus SUAMI DAYUS BENARKAN ISTERI BERANAK DENGAN DOKTOR LELAKI? @Ustaz Azhar Idrus #ustazazharidrusofficial #ustazazharidrus #uaioriginal #fyp #fypシ #uai ♬ Calm Humming - Nasheed
Malah menurut UAI, hanya golongan yang berkemampuan sahaja mampu membayar kos hospital swasta yang mencecah sehingga RM8,000 untuk proses bersalin.
Manakala hospital kerajaan terpaksa menjadi pilihan keluarga yang sekadar cukup makan dan tidak mempunyai ‘kuasa’ untuk memilih doktor wanita atau lelaki.
"Orang yang ada duit, pergi dekat doktor perempuan di swasta. Dia boleh la (bayar), sekali beranak sampai RM7,000 hingga RM8,000.
“Kalau yang cukup-cukup makan, nak cari mana duit tu. Itu yang pergi hospital kerajaan. Nasib baik dapat doktor perempuan, kalau tak lelaki.. Hukumnya harus kerana tidak ada pilihan!” ujarnya lagi.
Sebelum ini, pasangan pasangan suami isteri, Ustazah Siti Afifah dan Ustaz Zaidi Tohirin menyelar suami yang membiarkan isteri bersalin dengan doktor lelaki selain melabel sebagaikan mereka sebagai ‘dayus.’
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar