Laman Utama

[VIDEO] Janna Nick Baru Tahu Rupa-Rupanya Alergik Telur & Berisiko Tinggi Hidap Kanser Payudara

Amri Hassan
21/07/2022
02:55 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Janna Nick Baru Tahu Rupa-Rupanya Alergik Telur & Berisiko Tinggi Hidap Kanser Payudara
Pelakon dan penyanyi Janna Nick mendedahkan dirinya berdepan risiko beberapa penyakit berbahaya antaranya kanser payudara dan kanser kolorektal.
Hal itu diketahui Janna apabila dirinya melakukan ujian kit asid deoksiribonukleik (DNA) baru-baru ini.
"Saya buat ujian kit DNA sebab nak tahu apa alergik.
"Sekali... Segala penyakit kronik pun dapat tahu. Antara penyakit dalam genetik saya ialah kanser kolorektal (risiko tinggi), kanser payudara (risiko tinggi) dan brain aneurysm (risiko tinggi).
"Selain itu berisiko tinggi untuk tekanan darah tinggi, jumlah gula dalam darah dan penyakit buah pinggang kronik," maklum Janna.

Janna Nick alergik telur, kucing

Dalam pada itu, Janna memberitahu dia turut disahkan alergik kepada telur, kucing dan kontak dermatitis.
Pendekatan yang diambil Janna sedikit sebanyak menyedarkan peminatnya untuk bersama-sama melakukan ujian sama bagi pencegahan awal penyakit berbahaya dan mengesan alergik.
Malah, ada yang turut menitipkan pesan buat Janna agar sentiasa menjaga kesihatan dan terus kekal sihat.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar