Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

[VIDEO] “Kadang Ibu Emosi, Sedih Sangat” - Anak Selamat Jalani Pembedahan, Ummi Nazeera Syukur Suami Sentiasa Tenang

Mya Amri 22/03/2023 | 06:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera memaklumkan anak sulungnya, Ayra Aneesah selamat menjalani pembedahan.
Berita itu dikongsi Ummi menerusi video terbaharu yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya hari ini.
Menurut Ummi, dia bersyukur kerana suaminya , Dr Izzar Anwari sentiasa memberi semangat dan kelihatan tenang sepanjang pembedahan dijalankan.
“Alhamdulillah. Pembedahan @ayra.aneesah berjalan lancar. Saya tidak tahu apa yang saya akan lakukan tanpa awak. @izzar . Terima kasih kerana begitu tenang, itu membuatkan saya berasa tenang.
“Bila anak sakit, sangat penting ada suami atau ayahnya di sisi. Kadang kadang ibu emosi, sedih sangat tgk anak sakit.
“Semoga Izzar dan semua ayah di luar sana terus menjadi ayah yang baik dan hadir dalam hidup anak anak kita. Kita doakan ya,” tulisnya.

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera)

Mengulas mengenai anaknya, Ummi memaklumkan kondisi Ayra bertambah baik dan direhatkan daripada bersekolah buat sementara waktu.
“Kepada mereka yang bertanya, Ayra berasa lebih baik tetapi dia perlu berhati-hati untuk 4-6 minggu akan datang untuk memastikan sikunya sembuh sepenuhnya. Tiada sekolah. Tolong doakan Ayra ya,” tulisnya.
Untuk rekod, Ummi mendirikan rumah tangga bersama Izzar pada 23 Julai 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata, Ayra Aneesah, 5 dan Aysha Arsylia yang kini berusia dua tahun.
#Anak #Ummi Nazeera #hospital #pembedahan #Dr Izzar #Ayra Aneesah
;