[VIDEO] Kakak Emma Maembong Sebenarnya Hidap Bell’s Palsy Sejak 12 Tahun Lalu - “Ramai Lelaki Tak Boleh Terima…”
Kakak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shikin Maembong mendedahkan dia sebenarnya menghidap masalah saraf iaitu Bell's Palsy sejak 12 tahun lalu.
Dianggap seorang yang tidak setia dengan pasangan, Shikin berkata ramai lelaki yang tidak dapat menerima keadaan wajahnya yang menjadi sengit disebabkan penyakit itu.
“Dia ni mesti tak setia (biasa saya dengar). Saya kene Bell’s palsy 12 tahun yang lepas. Macam-macam treatment sudah saya buat tapi saya sembuh ketahap ini saja.
“Ramai lelaki yang tak boleh terima saya macam ini. Jumpa sekali saja lepas itu tak nak jumpa dah. Tak apa la, bukan jodoh saya tu,” katanya.
Menurut Shikin, dia baru sahaja mendapat keyakinan untuk berkongsi mengenai masalah kesihatan yang dihadapinya itu.
Masih mencari ikhtiar untuk sembuh sepenuhnya, Shikin turut memberitahu dia sudah memaafkan semua pihak yang pernah mengutuk dan menjadikan wajahnya bahan jenaka.
“Sejujurnya, sekarang baru saya confident untuk cerita tentang Bell’s palsy saya. Sebelum ni saya berdiam saja walaupun ada yang mengata dan kutuk saya.
“Tak kurang juga screenshot muka saya yang senget untuk jadi bahan ketawa tapi tak apa, saya sudah maafkan pun. Sebab saya masih belum putus asa untuk ikhtiar sembuh sepenuhnya.
“Allah maha besar, miracle can happen jika kita tak lupakan dia… Insya-Allah doakan saya,” katanya lagi.