Laman Utama
[VIDEO] “Kalau Orang Lain Yang Buat, Mahu Dikakikan Tapi Bila…” - Raja Ilya Kongsi Gelagat Anak 'Tendang’ Muka Bapa
Kehadiran puteri sulung yang diberi nama Talita Love pada 2 Julai lalu telah melengkapkan kehidupan pelakon Raja Ilya dan suaminya iaitu Trent Garrent.
Menerusi laman Instagram Raja Ilya atau Raja Ramilah Begum Raja Mohammad berkongsi video anak dan suaminya sedang meluangkan masa bersama.
Video tersebut memperlihatkan aksi mesra anak perempuannya menendang muka Trent namun suaminya terima dengan senyuman.
“Kalau orang lain yang buat, mahu dikakikan… tapi bila anak sendiri, terajang la macam mana sekali pun daddy terima dengan senyuman Ikhlas. The power of love,” kongsi Raja Ilya.
Rata-rata netizen dan rakan selebriti turut terhibur melihat gelagat anak beranak itu selain ‘geram’ dengan puteri kesayangan pasangan itu.
“Cute kan… tapi betul kalau anak yang buat lagi-lagi baby, semua senyum ok saja. Kalau orang lain silap hari bulan hospital saja haha... the chubby pie so cute eh... peha drumstick.
“Eee… aksi sweet-sweet anak perempuan dan bapanya ni.
“So sweet of them. The power of daddy and daughter love,” komen beberapa netizen.
Untuk rekod, Raja Ilya dan Trent Garrent melangsungkan perkahwinan di Perth Australia dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat pada 23 Disember 2018.
Selepas empat tahun berkahwin, pasangan itu kemudian dikurniakan cahaya mata perempuan yang diberi nama Talita Love pada 2 Julai lalu.