Laman Utama
[VIDEO] “Kau Tetap Di Hatiku Selamanya Cinta Syurga” – Balu Abam Ziarah Kubur, Ubati Rasa Rindu
Kelmarin, isteri kepada Allahyarham Abam Bocey, Nur Hidayah Mohd Ali bersama anaknya datang menziarahi pusara pelawak itu yang kini memasuki tahun kedua pemergiannya.
Hidayah berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran terbaru di laman TikTok miliknya sambil meluahkan rasa rindu dan mengatakan Arwah Abam tetap dihati selamanya.
“Abang hari ini sayang (Hidayah) bawa anak kita datang jumpa abang.
“Pemergianmu membuat diriku mengerti bahawa rindu yang paling menyakitkan adalah rindu orang yang telah tiada.
“Al-Fatihah suamiku tercinta Syed Umar Mokhtar, kau tetap dihatiku selamanya cinta syurga,” coret Hidayah.
Menerusi video tersebut, memperlihatkan Hidayah mencium batu nisan pusara suami tercinta bagi mengubati rasa rindu.
@hidayah_hamzah Abang hari ni sayangg bawak anak Kita datang jumpa abgg ? 'Kepergianmu membuat diriku mengerti bahawa Rindu yang paling menyakitkan adalah rindu orang yang telah Tiada'.. Al-fatihah suamiku Tercinta Syed Umar Mokhtar ❤️ kau tetap dihatiku selamanya cinta syurga ❤️?...##alfatihah ##cintasyurga ##kitabaikramaisayang ##dieyabeauty ##anakibuayah ##doakudisetiapsujudku ##sabundaunsukunhidayahabam♬ Takkan Pisah - Wali
Dalam pada itu, perkongsian tersebut telah menyentuh hati wargamaya yang rata-rata bersedih dan sentiasa mendoakan Hidayah serta anak, Syed Utman Hamzah terus kuat dan tabah mengharungi ujian ini.
Untuk rekod, Abam Bocey telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 10 Februari 2020 akibat sakit demam panas di kediamannya di Gombak.
Abam dan Hidayah telah mendirikan rumah tangga pada Disember 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia 4 tahun.
Must-Watch Video