Hiburan

[VIDEO]: Kos Sekitar RM20,000, Iqbal Tunjuk Proses Telan Belon Untuk Kurus - “15 Hari Tanpa Makanan Pepejal”

Mya Amri
19/01/2024
06:55 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO]: Kos Sekitar RM20,000, Iqbal Tunjuk Proses Telan Belon Untuk Kurus - “15 Hari Tanpa Makanan Pepejal”
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Iqbal Zulkefli memaklumkan dirinya baru sahaja selesai menjalani prosedur Allurion Intagastric Ballon.
Menurut Iqbal, selepas pemasangan instagastric balloon atau belon untuk mengurangkan berat badannya, dia tidak dibenarkan makan makanan berbentuk pepejal selama 15 hari.
“15 hari tanpa makanan pepejal, telan belon untuk kurus. Bermula hari pemasangan belon saya hanya dibenarkan makan cecair sahaja sehingga 1 Februari 2024 barulah saya boleh makan makanan pepejal lembut.
“Selepas empat bulan, belon ini akan cair dan akan keluar sendiri,” maklumnya menerusi hantaran terbaharu di Instagram.
Iqbal juga turut berkongsi video yang merakamkan dirinya sedang menjalani proses pemasangan belon tersebut di sebuah hospital.
Dalam hantaran yang sama, Iqbal juga memberitahu pada mulanya dia berniat mahu menjalani pembedahan bariatrik namun setelah melakukan pemeriksaan didapati tahap obesitinya tidak serius.
“Awalnya saya cuba untuk lakukan pembedahan bariatik namun obesiti / BMI saya tidak terlalu serius.
“Prof. Dato Dr. Nik Ritza @drnikritzakosai saran lakukan Allurion intagastric Ballon sudah memadai. Tanpa pembedahan.
“Kos belon ini agar tinggi berbanding lima jenis lagi belon yang wujud di dunia kerana teknologinya sekitar RM20,000 namun kita akan dijaga rapi enam bulan lamanya.
“Ini bukan rawatan kosmetik dan sudah semestinya diktiraf oleh pakar dunia. Rata-rata sava lihat ramai yang turn 7-12 kilogram dalam sebulan,” jelasnya.

PILIHAN PEMBACA: Lama Berdiam Diri, Rupanya Iqbal Baru Selesai Jalani Proses Kurus - “Langsung Tak Sentuh Makanan Walaupun Roti”

Terdahulu, Iqbal sebelum ini ada menyuarakan hasrat untuk melakukan pembedahan bariatrik bagi mengubah penampilan dan menjaga kesihatan diri.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar