Laman Utama

[VIDEO] Layan Muzik Gamelan & Tradisional Melayu Di Konsert Junjung Tradisi DFP September Ini!

Amri Hassan
30/08/2022
10:00 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Layan Muzik Gamelan & Tradisional Melayu Di Konsert Junjung Tradisi DFP September Ini!
Sertai sebuah persembahan kebudayaan yang unik apabila Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) dan Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) mempersembahkan konsert bertajuk Junjung Tradisi – A Night with UTP Stars.
Konsert ini akan berlangsung pada hari Sabtu, 24 September 2022, pada jam 8:30 malam.
Konsert istimewa ini diadakan sejajar dengan usaha DFP untuk menjadi dewan ikonik premier, penuh dengan pelbagai persembahan muzik dan kebudayaan yang menarik untuk mencipta pengalaman yang unik kepada semua.
Konsert ini juga merupakan konsert kebudayaan yang pertama diadakan di DFP pada tahun 2022.
Konsert ini akan menyaksikan persembahan menarik di pentas DFP yang akan menampilkan pelbagai unsur muzik dari muzik gamelan Melayu, muzik Melayu tradisional dan lagu-lagu gamelan kontemporari.
Ia juga akan diiringi dengan tarian Melayu tradisional yang indah dan vokal-vokal yang mengasyikkan dari barisan artis UTP yang berbakat iaitu UTP Performing Arts Group (UPAG), kumpulan gamelan Sanggar Kirana, dan kumpulan pemuzik tradisional UTP Petra Group.
Di UTP, para pelajar diberikan peluang untuk meningkatkan kemahiran kepimpinan serta bakat kreatif mereka melalui aktiviti kebudayaan dan seni persembahan. Ini adalah selaras dengan misi UTP untuk melahirkan graduan serba boleh yang cemerlang serta inovatif dalam bidang akademik dan bukan akademik.
Marilah turut serta dan nikmati acara hebat ini yang mempamerkan keindahan seni persembahan tradisional Melayu yang diturunkan dari turun-temurun.

Joget, Zapin, Inang

Antara persembahan yang akan ditampilkan dalam konsert tersebut ialah Joget Gamelan Topeng, Zapin Madah Pusaka, Joget Selayang Pandang, dan muzik Inang Godampol, Keroncong: Kasih, Isang, Madah Teruna, dan Antara Selat.
Sejak 2022, UPAG telah mempromosikan pelbagai seni tarian dan kebudayaan Malaysia melalui persembahan yang meriah dan penuh warna. Terdiri daripada 30 pelajar dari pelbagai kaum dan jurusan akademik, objektif UPAG adalah untuk menjadi pemangkin yang memberi inspirasi kepada penghayatan seni, budaya dan warisan Malaysia.

UPAG

UPAG telah menjadi juara Festival of Colors of the World (FESCO) selama empat tahun sejak 2008. Mereka mewakili Malaysia untuk Cheonan World Dance Festival di Korea pada 2011, 2012, 2013, 2015, 2018 dan 2021 dan berjaya memenangi pelbagai anugerah termasuk Tempat Pertama dan Pasukan Terbaik untuk kategori Street Parade dan kategori Anugerah Kostum Terbaik.

Sanggar Kirana

Sanggar Kirana telah ditubuhkan pada Februari 2002 dan masih berdiri teguh sehingga hari ini sebagai tempat di mana muzik dan minat dibentuk dengan tujuan untuk memberi inspirasi kepada pelajar supaya memelihara dan mempromosikan seni warisan negara.
Sanggar Kirana telah terlibat dalam pelbagai persembahan dan acara di seluruh dunia seperti Malam Malaysia di London dan Taste of Malaysian Culture di Nottingham, United Kingdom (2015), Festival Gamelan di Solo, Indonesia (2018), dan Festival Gamelan Istana Budaya (FesGIB) pada tahun 2019.

Petra

Petra ialah sebuah kumpulan yang baru ditubuhkan dan diketuai oleh Zaidin Mohd Nor dengan tujuan untuk mengekalkan budaya Melayu tradisional melalui muzik seperti Asli, Inang, Joget, Zapin, Ghazal dan Keroncong dengan menggunakan alat muzik tradisional dan moden.
Persembahan pertama mereka adalah pada Majlis Konvokesyen ke-14 UTP pada tahun 2014 dan sejak itu, mereka telah membuat persembahan untuk acara itu setiap tahun. Kumpulan ini telah memenangi Tempat Kedua di Istanbul International Chorus & Folk Music Festival (2015) dalam Kategori Folk Instrument.
Tiket konsert boleh dibeli di sini - https://www.dfp.com.my/junjungtradisi-anightwithutpstars.
Jangan lepaskan peluang untuk hadiri konsert istimewa ini, hanya di DFP!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar