[VIDEO] Lepas Ustazah, Ustaz Pula Tampil Suarakan Isu Suami Biarkan Doktor Lelaki Tengok Aurat Isteri Bersalin - “Malam Pertama Kamu Menumpahkan Air M*n* Tu…”
Isu bersalin dengan doktor lelaki masih menjadi perbualan hangat di TikTok, malah video suami kepada Ustazah Siti Afifah Shahbudin iaitu Ustaz Zaidi Tohirin yang menyuarakan pendapat yang sama turut mendapat perhatian.
Menerusi siaran langsung di TikTok, Ustaz Zaidi meluahkan rasa kecewa dengan golongan suami yang sanggup menggadaikan maruah isteri dengan membiarkan doktor lelaki menyambut kelahiran anak mereka.
“Sampai seteruk itu kamu meletakkan maruah isteri kamu ini… bidadari kamu di dunia ni. Kamu buat macam itu, pagi tadi saya dengar sendiri ada orang lelaki telefon.
“Kata bini nak bersalin, doktor minta RM10,000, minta duit dekat Ustazah. Hey kamu lelaki, kamu suami… kamu la bertanggungjawab.
“Waktu kamu bersama-sama dengan isteri kamu di malam pertama, adakah kamu tidak pernah terfikir yang kamu akan ada anak? Jangan sedap saja yang kamu ambil. Hey lelaki, dayus kamu!” katanya.
Kata Ustaz itu lagi, seorang suami sepatutnya membuat persediaan awal dari segi kewangan sepanjang tempoh sembilan bulan isteri mengandung untuk memberikan yang terbaik dalam proses bersalin nanti.
“Sepatutnya malam pertama kamu menumpahkan air mani kamu tu ya, sembilan bulan Allah Taala beri tempoh kepada kamu bersiap sedia, memberikan tempat yang terbaik untuk isteri kamu bersalin.
“Hanya dikenakan beberapa ringgit saja, kamu sanggup serahkan maruah. Para isteri… sedarlah begitu murahnya maruah kamu di mata suami kamu.
“Mana pengorbanan seorang suami, sepatutnya suami demi maruah, demi kemudahan, keselesaan isteri yang berjuang melahirkan anak sama ada dua kemungkinan boleh jadi hidup, boleh jadi mati… sedang berjuang.
“Kamu sedap-sedap saja ya… malam pertamanya sedap, lepas itu sembilan bulan tu semua kau sedap-sedap saja, makan sedap, segala-galanya sedap, hisap rokok kau tak fikir benda tu… membazir,” katanya lagi.
Video siaran langsung itu dirakam dan dimuat naik oleh warga TikTok dan rata-rata mereka turut mengkritik kenyataan Ustaz tersebut.
“Allahuakbar, ustaz kami tak mintak untuk doktor lelaki. Kami juga nak doktor perempuan tapi kami tak ada daya nak memilih doktor.
“Sakit hati la pula dengar, kalau gaji RM1,500 sebulan ingat dapat ke simpan RM1,000 sebulan. Habis nak makan apa,” komen netizen.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
@scorpion.merah Bincangkan .. #ustazahtiktok #fyp #viral #malaysia #fypシ #roadto10k ♬ original sound - ???????? ?????