Laman Utama
[VIDEO] Lupa Anniversary Ke 2, Syamel ‘Surprise’ Ernie Zakri Dengan Kek Pavlova Besar - “Sibuk Mengerjakan Khawla Demam Nak…”
Pejam celik pejam celik, sudah dua tahun usia perkahwinan pasangan selebriti terkenal Syamel dan Ernie Zakri pada 26 Mac lalu.
Bagaimanapun Syamel memberitahu dia dan isterinya terlupa mengenai sambutan ulang tahun perkahwinan mereka disebabkan menjaga puteri mereka yang kurang sihat.
“Happy 2 years anniversary baby. Masing-masing lupa, sibuk mengerjakan Khawla yang demam nak membesar. Semalam (Isnin) sempatlah lari kejap celebrate,” kongsinya.
Biarpun lambat menyambut, namun Syamel tetap membuat kejutan kepada isteri kesayangan dengan kek pavlova yang besar.
“Baby, i asked for pavlova one piece only, you gave me the whole pavlova. How to eat,” kata Ernie dengan nada manja.
Pada perkongsian yang sama, Syamel turut melahirkan rasa syukur kerana dianugerahkan dengan seorang isteri yang hebat dan mendoakan agar rumah tangga bahagia.
“Just nak cakap, hati ini bersyukur dianugerahkan isteri yang hebat. Semoga Allah sentiasa bahagiakan hati isteriku supaya rumah tangga kami turut merasai kebahagian itu,” katanya.
Untuk info, Syamel mendirikan rumah tangga dengan Ernie pada 26 Mac 2021 dan mereka dikurniakan cahaya mata bernama Nur Khawla Soleha pada 22 Februari tahun lalu.
undefined