Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

[VIDEO] Macam Angelina Jolie & Brad Pitt! Reen Rahim Cerita Detik Perkenalan Dengan Suami - "Dua Tahun Sorok Perasaan..."

Asyikin Mayudin 28/12/2022 | 00:55 MYT
Dua tahun memendam perasaan, akhirnya aktres Reen Rahim dan suaminya iaitu Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin meluahkan rasa cinta mereka.

Menerusi video pra perkahwinan yang dikongsikan di TikTok, Reen berasa yakin bahawa suaminya itu adalah jodoh yang sudah tertulis.

“Dua tahun sorok perasaan, masing-masing ego. Sampai satu hari Allah gerakkan hati kami berdua. Kita takkan dapat jawapan bila fikir, sebab jawapan itu ada dalam hati yang paling dalam.

“Yes, he is the right one,” tulis di kapsyen video pra perkahwinan Reen dan suaminya.

Rata-rata netizen memuji video tersebut yang dilihat seperti menonton drama ‘mafia’ dan seperti filem pendek yang boleh memenangi anugerah.

“Wow… nice video you all… best. Kalau ada macam ala-ala short film (lama sikit) boleh masuk anugerah filem wedding of the year.

“Sumpah pertama kali tengok pre wedding gempak begini… bestnya teringin. Vibes mafia Turki la.

"Angelina Jolie dan Brad Pitt vibes!" komen beberapa netizen.

Untuk rekod, Reen sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Boraombak Marina, Putrajaya pada 24 Disember lalu.

Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim menerima mas kahwin sebanyak RM1,988 serta sedulang barang kemas.

Berkongsi tentang keseluruhan majlis, Reen terdahulu meluahkan rasa syukur apabila dia mendapat tajaan sebanyak RM15 juta daripada pelbagai pihak.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

undefined
#Reen Rahim #Kisah Reen #Reen #Reen pre wedding #Reen suami
;