Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

[VIDEO] Makan Croissant Ketika Di Paris, Netizen Tanya Khairul Aming: “Halal Ke Bang?”

Shahrin Zulkifle 07/12/2022 | 01:00 MYT

Pempengaruh media sosial, Khairul Aming sempat berkongsi beberapa video ketika bercuti di Paris dan London bersama beberapa rakannya buat tontonan umum.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikToknya miliknya, Khairul Aming telah mencuba makanan popular Paris iaitu croissant di salah sebuah restoran ternama di negara tersebut.

Menerusi video yang sama, Khairul Aming turut memaklumkan dia terpaksa beratur panjang untuk membeli dan menikmati hidangan popular itu di restoran berkenaan.

Selain menikmati hidangan croissant, Khairul Aming dan rakanya tidak melepaskan peluang untuk mencuba minum panas berperisa coklat.

“Jelajah London dan Paris. Hari ini aku bawa korang cuba croissant cicah hot chocolate, tengok Eiffel Tower dan macam-macam lagi tempat seronok,” tulisnya pada kapsyen.

undefined

Bagaimanapun, apa yang menjadi tanda tanya dalam kalangan wargamaya adalah mengenai status halal makanan berkenaan.

Menjengah ke ruangan balas, segelintir netizen meninggalkan komen mempersoalkan status halal hidangan yang dinikmati Khairul Amin bersama rakannya.

“Bang maaf tanya, boleh tahu macam mana cara abang verify halal dekat kedai makan itu,” komen seorang netizen.

“Halal ke tempat makanan tu?” soal seorang wargamaya.

“Halal ke bang?” tanya seorang warganet.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah menerima lebih 1.9 juta tontonan dan 200,000 tanda suka.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.

Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Paris #Khairul Aming #Croissant
;