Laman Utama
VIDEO: “Mantap! Pekat Betul Sabahan” – Ramai Tergamam, Tak sangka Lancar Betul Park Tae Su Cakap Sabah
Pemain pertahanan import Sabah FC, Park Tae Su mendapat perhatian netizen selepas tampil menggunakan bahasa kebangsaan sewaktu ditemu bual Astro Arena baru-baru ini.
Lebih menarik lagi, Tae Su yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia sejak 2019 ini mampu berkomunikasi dalam bahasa melayu bersama loghat Sabah dengan baik dan lancar.
Video temu bualnya bersama Astro Arena juga menjadi tular dan rata-rata netizen memuji Tae Su yang tidak kekok berbicara.
"Saya baru bangun lepastu kawan dan pengurusan text saya, ini tweet FIFA". ? ? ?Rembatan deras Park Tae Su mendapat respon di media sosial persekutuan bola sepak antarabangsa (@FIFAcom @brfootball) ???@SabahFCofficial pic.twitter.com/URMeW8EYlk— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) September 28, 2021
Selain kemahiran berbahasa yang baik, Tae Su juga mencuri tumpuan apabila jaringan jarak jauhnya ketika menentang Petaling Jaya (PJ) City FC pada aksi peringkat kumpulan Piala Malaysia 2021 mendapat perhatian di peringkat antarabangsa.
Malah peminat bola sepak tanah air juga memuji jaringan padu jarak kira-kira 35 meter itu yang disifatkan jarang berlaku.
Tidak cukup dengan itu, jaringan sepakan percuma jarak jauh dilakukannya itu juga berjaya mendapat perhatian akaun media sosial badan induk bola sepak dunia, FIFA.
?♂️ Take a bow, Park Tae-su!? There's nothing like a 40-yard rocket hitting the crossbar on its way into the net ??? One for the @SabahFCofficial history books ?pic.twitter.com/y9P3022AKO— FIFA.com (@FIFAcom) September 28, 2021
Terdahulu, pada aksi Kumpulan D di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) baru-baru ini, jaringan Tae-su, 31 berjaya meletakkan Sabah FC di hadapan, namun PJ City FC bangkit menyamakan kedudukan menerusi penyerang Darren Lok pada minit ke-80 sekali gus mengikat keputusan 1-1.
Must-Watch Video